January 28, 2010

Gaduh : Perempuan Terkuat Seluruh Nusantara

0 ulasan
"Perempuan nak gaduh"

Apa komen korang? Beliau-beliau ni menggelabah? Berhak? Ada kuasa, macam power rangers tu? Menegakkan keadilan mahupun pkr, malah dap? Atau sekadar membajetkan diri mereka sendiri bahawa mereka ni cukup kuat, dan mampu berbesar hati dengan kekuatan yang mereka ada bila berhadapan dengan lelaki?

Walau apapun komen anda terhadap mereka ni, ingin saya tegaskan bahawa pergaduhan yang dinyatakan disini bukanlah membawa maksud pergaduhan mulut, bertengkar, memekik terlolong ternganga menjerit-jerit macam beruk makye, tetapi jenis pergaduhan berkumpulan, atau dengan nama lainnya pergaduhan "geng", namun bukan "Geng Pengembaraan Upin & Ipin", tetapi lebih kepada gaya pergaduhan "Geng 606" atau "Geng Mamak". Ah, senang cerita, gaduh nak bertumbuk. Macam lelaki, bukan?


Kenapa tiba-tiba salah satu aspek gaya hidup masa kini ni dipersoalkan? Sebab aku dah meluat tengok budak-budak perempuan ni bergaduh macam budak lelaki. Even budak lelaki pun banyak yang lagi suka slow talk. Ini tidak, asek nak bertumbuk, bertarik-tarik rambut, tudung, bertepuk tampar macam dengan pakwe masing-masing time tengah gaduh. Lagipun yang banyak prefer jalan bertumbuk ni girls yang sumenye masih budak sekolah ingus meleleh-leleh. Alahai, comel betul korang ni. 


Sudah-sudah la tu, sape-sape pun antara korang, sekuat mana pun, kentut busuk gak, kena tembak mati jugak, ke kubur jugak sudahnya masing-masing.

nota kepala lutut : aku jumpa budak pompuan nak bergaduh ni pun dalam mspes. yela, mespes, a place for "school" children. hah

January 26, 2010

Kucing Oh Kucing

3 ulasan
Sekarang ni aku pun tengah cuti. Tapi hari ni da hari Rabu, tinggal lagi berapa ari je lagi, then abes trus cuti. Huish, tabest tul. Pastu da nak kena mengadap projek, assignment, test, quiz, dll.. Betapa tak bestnya. Ishk2.

Student kalau time cuti, biasa la. Masa untuk melajakkan segala-gala benda yang ada kalau boleh. Tido melajak-lajak, nak tido pun melajak-lajak, nak sembahyang melajak-lajak opss..., nak buat tu melajak-lajak, cuma satu je yang akan tak dibuat, disentuh, atau dibukak langsung. Buku Advance Calculus. Da la berat, besar, boring pulak tu. Haha. Tapi ada lagi yang tetap sentuh, dan yang pastinya peratus untuk aku sendiri sentuh buku tu memang sikit gila, approaching zero.

Tapi dengan aku lain pulak. Yela, pagi-pagi je aku kena bangun awal, 1st bangun subuh, then anta adik aku pegi skola agama kat ujung kampung tu. So-so memang takde peluang untuk aku bangun lambat, tapi takpe la. Aku lagi suka bangun awal. :)

Hari ini da hari ketiga aku gi anta adik aku skola pagi-pagi. Moto aku yang cun tu pun da jadi tak berapa nak kacak, da bertukar jadi rupa macam baru balik sawah. Lalu shortcut punya pasal, tiap-tiap petangnya semalam, memang jalan tu penuh dengan lopak dan juga kolam-kolam kecil yang cukup strategik untuk dijadikan tanah rancangan penanaman padi huma. Hasilnya mesti lumayan gila nanti. Haha. Tapi yang aku pelik, jalan tu ada kat sebelah parit besar, dan parit tu punya la busuk. Orang yang tinggal kat sebelah jalan tu takde bau pape ke? Ke sume da assume bau tu normal, macam bau AmbiPur? Hurm. Yang cukup seronok bila lalu jalan tu dan jalan kampung sekitar situ pagi-pagi, sebab ada kabus. Peh, memang sejuk gila. Kabus memutih kat paras orang berdiri je. Putih, sebijik macam awan. Tak sangka paya belakang rumah aku ni cantik bila pagi-pagi.


Tengah-tengah nak parking moto lepas anta adik aku tadi, tetiba mak aku menjerit dari atas,
"Am, duit belanja wan tertinggal. Pegi anta kat dia kejap."
Ayark, baru nak parking. Hurm, kesian pulak adik aku tak belanja karang. Takpe la, aku pegi anta. Speeding la aku meredah lopak, onak duri belukar dan ranjau belakang rumah aku dengan penuh gagah, berani dan membabi butanya. Tetiba jalan kampung tu jammed pulak. Hadoi, haru betul. Takpe, bawak kenderaan dengan berhati-hati tu dituntut hidup cikgu Mail belajar memandu kat tempat aku amik lesen dulu. Lepas je anta, aku pun balik. Tengah sedap-sedap main belok-belok kat jalan sehala, ERRRRKKKKK......

Dua ekor kucing tengah seronok berasmara dana kat tengah-tengah jalan..
Hoi, nak buat pun buat la kat tepi, bukan kat tengah jalan! Lorh...

January 25, 2010

Letih la aku hari-hari macam ini.....

0 ulasan
Semalam seronok betul aku jalan-jalan kat Bangi. Err, jalan-jalan ke? Actually aku pegi "Uniten Tercinta" sebenarnya, nak bagi slip copy keputusan MUET. Kononnya la. Hampeh betul. Aku gerak gi sana dengan daus, kitorang plan kononnya boleh la kot anta, then terus berambus dari situ sepantas mungkin. Aku da menyampah gila da mengadap Pakcik kat registrar tu.Yela, kalau dia tak buat merepek dia yang macam selalu tu semalam, maybe aku elok je ngan dia.

Sampai je kat sana, aku terus tuju office registrar. Aku pun tanya la akak comel kat kaunter tu. 

-"Akak, nak bagi slip MUET."

Akak tu pun jawab dengan penuh lemah-lembut, sopan santun, nak gugur rasanya tali perut aku bila dengar suara dia kata,

===========================================================

"Er, slip muet? Dah cop da?"
-"Err, belum la kak. Nak cop kat sini boleh tak?"
"Yang ori ada bawak tak?"
-"Ada ni. Boleh tak kak?"
"Ha, adik boleh minta sain kat dalam tu." 

===========================================================

sambil tunjuk kat opis belah kanan aku.

Hurm, kat situ bukan ada Pakcik uniten yang memang "terbaik" tu ke? Adoi, leceh betul.
Takpe, relaks sudeyh. Dengan penuh yakin, aku ngan daus gerak pegi kat opis tu. Secara automatik dan tanpa disuruh-suruh, pakcik tu terus bukak mulut dia,

===========================================================

"Hah, ni nak apa pulak ni. Dengan pakai t-shirt je ni, aku usha diri aku sendiri, lol. aku pakai jaket la dodol. Pakai slipar lagi, aku usha lagi, aik, aku pakai sandal la. d#@! nak apa la ni. Malu la dekat budak-budak yang baru daftar kat tepi tu."

-"Tapi saya dari rumah. Tengah cuti ni."

"Biarla tengah cuti ke apa. Hari ni kan hari isnin, kena pakai formal. Saya yang da grad ni pun still lagi pakai ikut peraturan, bla bla bla bla bla bla."

-"Err, pakcik, saya nak amik cop ni. Kat mana ek?"

"Ha, tau pun nak berurusan ngan orang, tapi pakai slipar. Dah-dah, takde, datang esok."

-senyap...."Tapi pakcik, saya nak sain jela."

"Dorang takde, dorang pegi minum, datang esok."

============================================================

Macam nak bersembur-sembur "F" word dari mulut aku. Tapi still, aku sabar. Takpe, aku nak try gak. Alih-alih aku ngn daus amik keputusan balik cendi je. Lagipun ada kasut aku kat situ, so boleh la aku pakai dan elakkan bebelan pakcik tu lagi. Kitorang lepak jap, pastu pegi lagi. Aku kesian kat daus sebenarnya. Dia ikut aku pun sebab nak minta tolong aku temankan dia anta laptop dia kat kedai. Jadi buntut pulak lappy baru tu, tetiba rosak je. Aku pun pegi la lagi sekali.

-"Akak, dorang da balik da?"
"Entahla dik, rasanya da balik. Cuba cek kat dalam tu."
-"Mekaseh kak."

Aku masuk mengadap muka pakcik tu lagi. Kali ni dia tengah bersembang dengan membe dia pasal apa entah. Elok pulak mood dia. Pagi tadi MC kot, tu yang angin semacam. Aku pun tanya kat dia,

===========================================================

-"Pakcik, nak amik cop."
"Dorang takde la dik. aik, elok pulak mood dia. maybe sebab aku pakai kasut kot. Cuba masuk kat dalam, pegi kat ofis belah kiri tu."
-"Ok, mekaseh pakcik."

===========================================================

Sampai kat dalam, aku nampak sorang akak dan sorang "makcik" tengah sibuk buat mesyuarat tingkap. Hurm.

===========================================================

-"Assalamualaikum, kak. Nak tanya boleh?"
"Apa dia dik?"
-"Errrr...err, nak amik cop pengecahan kat mana?"   
"Hah, pengecahan? hahaha.. pengecahan kat sini takde dik, kalau pengesahan ada..kat dalam tu..hehe."
-"adoi, cakap pun da berterabur, mekaseh ye kak."

kat dalam opis yang akak tu tunjuk...

-"Assalamualaikum, puan. Tumpang tanya boleh?"
"Ha, kamu nak apa?" uih, macam nak makan orang
-"Saya nak minta cop."
"Cop pengesahan?"
-"A'ah."
"Eh, kamu ingat tak hari ni hari apa?"
-"Err, ari isnin. Kenapa?"
"Kami tak ingat ke kalau ari isnin ada apa?"
-"Err, ada apa ek. dalam kepala aku, hurm. ada meeting ke ek. takkan la. ada apa la pulak. adoi. Saya tak ingat la madam."
"Kamu tak ingat? Ha, takpe, balik dulu, nanti baca dalam buku peraturan, hari isnin ada apa."
-"Err, saya nak minta sain je."
"Memang la, tapi kamu tak pakai formal. Kena pakai formal, takkan kamu tak tau."
-"Tapi saya tengah cuti, cuti midterm. Dari rumah ni."
"Tak kesah la cuti ke apa, kena pakai gak."
arghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!11111111

===========================================================

Terus aku tarik muka, blah terus dari situ dengan ucapan "terima kasih" kat madam tu. Eeeee, rasa nak headshot je kepala dia pakai MK. Aku pun jumpa daus dengan muka yang jauh lebih tension dari makcik cleaner pakai jersi 34 tu. Kitorang try lagi tanya kat akak comel tu, dia kata dia pun tak boleh nak tolong. Ishk2. Nasib baik la akak tu comel, at least kurang gak stress aku hari tu. Aku try lagi minta kat opis belah kanan ngan daus, kali ni orang yang bertanggungjawab tu pulak meeting.
Hadoi.....

Aku amik keputusan balik Puchong, pegi kat sekolah menengah aku, and amik sain kat situ je. Abes cite. Memang rushing gila masa tu, tambah-tambah tengah tensi lagi. Isi minyak full-tank, terus aku pulun 120-130 km/h kat highway. Tengah-tengah speeding, tetiba dari lori depan aku terjatuh lak something. Aik apa benda ni. Aku dapat tengok sekilas lalu je. Teddybear. Hurm, apa teddybear buat dalam lori kargo macam ni. Aku nak amik, tak sempat la pulak, da laju sangat time tu.

Sampai kat sekolah, aku pun dengan muka brader-brader bersama daus dengan jersi Beckhamnya pegi la kat opis skola. Tunggu punya tunggu, puas gak cuci mata ngan cikgu-cikgu baru kat skola aku tu yang makin lama makin cun, woah. Dapat gak sain. Yes2!

Pastu kitorang gi anta laptop daus lak. Tengah nak naik tangga dalam shopping complex tu, tetiba terdengar lak satu bunyi yang kuat, macam benda terjatuh. Memang kuat gila, and aku tercari-cari apakah yang terjatuh? Bila aku tengok je, hahahahaha. Visor helmet daus yang memang da prob tu tertanggal terus dari helmet dia, terus memekak kat lantai depan khalayak ramai. Kahkahkahkahkah.


Last-last bila kitorang pegi kat kedai tu, tuan punya tu belek punya belek, dia pun cakap yang laptop daus tu maybe rosak teruk, so better pegi claim warranty je. Laa, kesian gak kat daus ni. Takpela.


Next scene aku lalui tanpa dia, kitorang da decide yang aku pegi uniten lagi sekali sorang-sorang jela, sian dia nak teman aku ulang alik camtu. So kitorang aparted, masing-masing membawa diri.


Kat highway lagi, aku speeding 120-130 km/h. Ada la sekali 140. Sampai je kat sana, jam da nak pukul 2 petang. Hurm, tengah lunch ni. Takpela, aku tunggu kat bawah. 


Pukul 2:15

-Aku naik atas kat opis registrar. Aik, gelap je, takkan tak sudah lunch lagi. Hurm, takpe, awal lagi kot.


Pukul 2:30


-Aik, takde lagi.


Pukul 2:45


-Huishh, pesal dari tadi gelap je ni. Aku pegi kat depan opis, tengok dekat-dekat notis yang tertampal kat pintu opis tu.
"Registrar ditutup dari pukul 2.00 - 5.15"
Argh, wtf!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Pukul ko!!!!


-Aku pegi upten, dengan muka kecewa. Capai sebotol 100 Plus Activ, then minum kat luar kedai. Hari tu cuaca memang panas gila. Aku tak tau kenapa, tetiba jadi sentimental pulak masa tu. Aku terpikir, maybe ni sume ujian untuk tambah sabar aku. Maybe. Aku tak tau. Tengah-tengah sedap melayan perasaan, melayan pikiran aku yang merewang nun ke Penang sana, terpikir pasal Farah, tetiba sorang awek comel sebelah aku jalan masuk ke kedai. Aku tengok jela sekali lalu, takde minat pun nak tengok time tu. Girl tu melayu. Dan tetiba aku nampak partner dia. Woah, uncle arab.


Hurm, awek melayu pun skang prefer arab. Yang laki melayu nak amik sape pulak, makcik arab?
Jaja?


---

 

January 20, 2010

Sembang - Sembang

0 ulasan
"Eh, skarang pukul berapa jam ko?"
-"Pukul ko...."(dengan muka tenang)


"Bila nak sampai dorang ni, adoi."
-"Bila hari raya...."(muka tenang lagi)


"Tu ah pasal. Asik kita je kena."
-"Tuah lagi yang kena, jebat bila pulak?" (muka tak brapa nak tenang)

"Eh, kita kena buat keje ni sampai mana ek?"
-"Sampaiiii rosakkkkK!!!!!"(bersemangat)


"Aku tengok da macam apa da.."
-"Macam sarung NANGKAAAAAA A A A!!!!!"(terlebih semangat)


====================================================================================


"Korang ni memang mesin pencaci la"


"Haha, memang rutin dah, abes makan je, cari bahan, kutuk orang. Duduk lepak kat upten berjam-jam lepas makan, kutuk-kutuk pastu ketawakan orang.."


"Weyh, awek ijat tu....ERKKKK~!!!!"(masing-masing terkena effect bak kejutan eletrik)


====================================================================================

"Ko da potong ramput ke belum?"
"Semalam aku nampak ada orang potong rumbut kat padang malam-malam"
-"Ha, ramput katanya...Rumbut!!!!!"(berdekah-dekah)

tolongla jangan typo lagi...

-_-"

---

DiLoLaTiDo

0 ulasan
Sedap pulak burger kat kedai dajal ni (kat upten) bak kata trex . yela, maybe sebab asek makan burger kat jaja je, da sejuk pulak tu, lembik. adoi.

kesian pun ada sbb panggil dia dajal. dia da la cacat, patut dikesiankan, alih-alih jadi bahan pulak. err. kena ubah ni.

yes2, cuti da nak dekat. tapi plan punya plan, pusing punya pusing tarikh nk pegi mandi kt waterfall, dari ari selasa time tengah cuti, trus tercampak pegi ari sabtu, time ujung-ujung cuti. takpela, asalkan jadi. kalau tak jadi, ish. xbest btl.


pegi uniten pc fair semalam best gak. best cuci mata. cheh. sejak bila pc fair ada jual tudung? maybe tudung dia ada heat regulator kot, kira termasuk dalam barang-barang techie gak la. takpe, pikir positif. puas jalan-jalan, yang dibawak balik rumah hanya sekadar roti john ayam dengan air kelapa. ahh, lega tekak aku.


result exam da dapat da. alhamdulillah, tak sejahanam yang under expectation. 39.5/65, ok la tu. daripada dapat 10, atau telur itik, atau dapat sebesar-besar line kat tengah answer sheet macam kader, tapi beserta dengan quote instead of marks, " absent/no valid reason"...hahaha.

time tengah surfing-surfing, meninjau-ninjau keadaan sekitar ibu kota raya internet, terjumpa pulak blog yang aku rasa agak hidden la jugak. sebab gaya cam blog hacker sejati je. best jugak, banyak benda aku blajar pasal c prog ngan linux, even aku tak amik kedua-dua subjek tersebut kat uniten ni.

uniten skng kecoh dengan berita yang sampai masuk paper tu. pelajar punca pak guard terbunuh. hadoi, dengar amir dengan trex cite pasal dorang, kesian gak. yela, yang perempuannya konfem trauma gila. nyawa orang melayang kot. tapi yela, nama pun accident. malangnya dah memang sifat manusia, time orang buat baik, haram dia nampak. buat la banyak mana pun, yang dipandang seketul dua jela kot. tu pun kalau pandang. bila buat salah sikit, terus naik nama sana sini. tambah-tambah hal macam ni. takpela, buat yang berkenaan @ yang terbabit, pandai-pandai la korang handle. berani buat, berani tanggung. sabar tu penting, dan yang paling penting dari yang terpenting, jadikan pengajaran, jangan ulang kesilapan yang sama. semua ni sebab cuai, sebab nafsu. cheh, aku nasihat orang. aku pun dulu sama je. dah-dah, cukup banyak da nasihat tu.

lapar lagi. turun makan kejap la..


---




January 18, 2010

Jom Uniten PC Fair kejap lagi.....

0 ulasan
SELASA, 19 Jan - Pagi ni, bangun je dari tido, indah betul suasana kat luar tingkap. Rumah kitorang yang berada di tingkat 10 memberikan kami satu pandangan yang indah nun jauh meliputi seluruh pelusuk bangi setiap pagi. Tapi suasana pagi ni paling best. Suasana "tak pergi kelas". Hujan rintik-rintik yang agak lebat, dengan pemandangan yang penuh dilitupi dengan kabus memutih bak awan di langit, fuh, sedapnya tido time macam ni. Aku menarik selimut kembali, jam di handphone dah pukul 8:50, lagi 10 minit sebelum kelas lecturer tercinta aku, Ms Yanti Erana. ops. Tapi hujan la pulak, so burn jela. Pergi tanya daus kat bilik depan, dia pun tengah terbongkang macam kapal selam berlabuh kat bengkel kapal. hurm. Aku pun tarik balik selimut, peluk bantal besar kesayangan aku, terlena semula lepas balas 2-3 mesej dari sape-sape ntah. 

Wah, da pukul 9:50. Adoi, nak pegi ke tak kelas Mdm Noraini ni. Cam malas pun ada. Tanya daus, dia pun terpinga-pinga lagi. Dia tanya aku balik, "pegi tak kelas dia?" Aku pun jawab,"pegi, pegi makan roti arab, nak?" Terus tersenyum lebar muka dia, memang budak dua ekor dalam c3-10-07 ni memang pemalas bab nak pergi kelas. Lol. Masing-masing berjalan malas menuju ruang tamu, yang sorang suruh pergi mandi, lagi sorang suruh yang lagi sorang mandi, yang sorang tu suruh yang lagi sorang yang suruh tadi pergi mandi. Woi, nak pergi kelas ke tak? Alih-alih, tak pergi jugak kelas ni. Keputusan ni dipastikan jugak lepas aku call kader, dia pun betul-betul baru bangun tido, jawab pun mamai-mamai lagi. Haha.

Tiba-tiba, tengah aku sedap layan forum pagi-pagi ni, daus datang meluru kat aku, muka tersengih semacam, macam kena rasuk pun ada, terkinja-kinja terus sergah aku. Lorh, pehal pulak mamat ni. Terjerit-jerit ,"Yes am!!yes!!!hahahaha!!!" Aku pun tanya pesal. Jawapan yang diberi, fuh. What a day. Aku baca emel kat laptop dia. Pergh, kelas agama petang ni pun batal, yang memberi kitorang satu jawapan yang pasti, hari ni ada satu kelas je, kelas Mdm Theresa pukul 11 ni. Yay. Dengan aku sekali terlompat-lompat macam beruk dengan dia.

---

January 15, 2010

Sign Painter - Goolification..Eew

0 ulasan
exam dah pun abes, trex je yang tak selesai-selesai lagi exam dia. amik ko trex, amik ko! haha.
tangan aku pun da makin rajin nak update blog ni, even ntah apa-apa yang aku tulis, dan siapa yang bernasib baik sangat sebab ada masa nak baca aku merepek.

bila time cuti ni, banyak budak-budak away dari hostel masing-masing, jadi tenet pun lajulah sedikit. err, betul, sikit je. boleh la kalau nak buat download muvi pendek-pendek, padahal aku da download paranormal activity, cite wayang tu, pendek apanya. ah, janji dapat tengok. hehe.

minggu ni aku balik umah, take-home-quiz circuit 2 tak siap lagi, deadline isnin depan ni. hurm, mintak adik-adik aku buatkan jela bila kat umah nanti.

test static hari tu macam terbaik. macam, aku tak kata konfiden, pasti dan secara sahih serta mutlaknya terbaik. cuma soalan-soalan dia lebih mudah dari yang candidates sangkakan. bagus la, boleh gak score awal-awal ni. da test 2 nanti konfem lagi susah punya.

lapar...
lapar...
lapar...

jom piza... 

January 12, 2010

Apakah?

0 ulasan
pukul 10:41pm, malam ni abes dah exam digital logic [dilo] aku. keputusannya entah macam mana, itu yang kita tak tau. tapi mudah-mudahan, dapat la yang cun-cun skit, jangan yang macam sarung nangka dah la.

haris lak tetiba mula dengan kerenah mengidam dia lagi, ajak pegi makan pada masa yang xberapa nak sesuai. sume tengah malas. tengok, nak makan pun malas, inikan pegi tempat makan yang jauh sebatu tu, [padahal upten je, jalan kaki 5minit da sampai, ceh]

so terus jela aku balik umah, mengadap laptop, daus jela yang pegi temankan haris tapau. balik je dia bawak kudap-kudap, best betul. jajan perisa durian, hihi. lama betul tak makan kropok ni. dulu masa kecik bapak aku selalu belikan, even aku kurang berkenan sebab tak suka langsung ngan durian masa tu. skng ni tetiba suka lak. 


adoi, abes download aku tergendala, tak pasal-pasal pulak connection ni buat hal, bila la nak abes muvie ni aku download. oh, aku download cite Paranormal Activity, so tak payah la nak tengok kat wayang lagi. tengok kat rumah boleh baring-baring, makan mekdi sambil tengok trex menari-nari tak tentu pasal.


lusa ada exam static. tu jela yang last, sebelum exam circuit design bila lepas cuti mid-term ni. esok kena start study banyak-banyak balik. adoi, kenapa la student electric kena blajar subjek mekanikal, and vice versa? nak gantung gambar kat dinding takkan nak kena kira jugak resultant force gambar tu acting pada paku dan tali tu, or hook tu. takpela, maybe pasni aku dapat rezeki kerja buat kren ke, buat jambatan ke, boleh applykan apa yang aku da blaja ni, ye dak?


baring-baring, sambil main sms ni tetiba buat aku tepikir pulak. budak yang aku sms ni sibuk crite dia da break dengan ex dia, and skang dengan pakwe baru. tanya pesal break, dengan mudah dan senang-lenangnya, ex beliau jahat, tak macam pakwe barunya ni. dan ex dia gatal. haiya, mana ada orang baik dalam dunia ni. tambah-tambah bila couple. konfem taching sana, tach sini, cuit sana, cuit situ. tapi ada gak yang tak sentuh langsung, cuma agak tak berapa nak senang nak cari couple camtu. yang aku pikirkan, senang betul dia labelkan ex dia jahat. layak ke kita untuk labelkan orang yang kita belum betul-betul cukup kenal sebagai orang yang baik or jahat? 


argh, ngantuknya. -_-"


---

January 8, 2010

web-web cambest

0 ulasan
tak apa kan kalau aku nak post sampai 30x sehari? hehehe...
sebab tengah rajin ni, tu yang rasa cam nak menaip lagi..apa guna ada blog kalau tak update, kan?
cam kena kat batang idung aku sendiri je ayat ni.

saja nak tolong sapa-sapa yang cukup malas bila bab-bab googling, atau dengan erti kata lainnya, meng-google.. tak tahu apa makna google? mudah...taip ON GOOGLE, send ke mana-mana nombor yang anda suka, dan anda akan dihidangkan dengan makna sebenar meng-google..Google adalah sejenis makhluk search engine, atau dalam Bahasa Malaysianya enjin carian..gunanya? adalah untuk membantu anda mencari benda-benda yang tak mungkin ada dalam buku-buku teks sekolah mahupun universiti dan kolej anda. 


kat sini aku bagi beberapa link laman web yang selalunya ada gunanya untuk orang-orang geek cam aku ni..
first,  
web ni sangat-sangat la sesuai untuk sape-sape yang terlebih rajin untuk main tukar-tukar wallpaper korang..tapi pandai-pandai la cari ye, sebab yang 18 punya wallie pun ada kat sini, so sendiri handle...minitokyo tu memang khas untuk sape yang suka sangat anime..yang ehem-ehem punya pun ada....:D



then, 
web ni memang best untuk korang hangout, agak-agak takde keje dan rasa-rasa nak berforum..


seterusnya,
hah, yang ni, kalau korang nak tengok benda-benda pelik, tak munasabah, serta gambar-gambar yang agak susah korang nak tengok hari-hari, you've come to the right place...mainly pic-pic kat sini adalah yang forwarded from someone else, so ketepatan ceritera adalah kurang dari 100%, so jangan terus-terus percaya..ondscene tu pulak, adalah blog sorang reporter, so korang boleh expect benda-benda yang up-to-date gak la dari dia..and most important, web dan blog-blog ni ada banyak pic-pic 18SG dan 36SG, so sape-sape yang senang sangat "perut bocor" dan masalah jantung, jaga diri anda sendiri..:)


aaa, ni mainly untuk lelaki..hehe..yang perempuan pulak, err...jangan pulak korang jadi dengki ngan sape-sape yang ada dalam web ni, then korang pegi santau, tuju-tuju dorang pulak...sebab web ni merupakan tempat cuci mata terbaik bagi kaum adam...nama pun blog gadiscomel, benda-benda yang dipaparkan adalah pic-pic awex-awex cun lagi cantik menawan..saja bagi korang terliur..err, jangan sampai melekat je kat situ dah la...yang dah ada awek, pandai-pandai jugak la korang handle...^_^


last but not least,
yang ni kalau korang tak penah tengok, tak tau la aku nak cakap apa...gunakanlah kemudahan internet anda sepenuhnya...hehe..


---

2010

0 ulasan
dah berkurun jugak rasanya aku xupdate blog ni...membe-membe yg follow pun sibuk tanya, apa jadi dgn blog aku..da mangkat ke? jawapan yg sama gak la yg aku beri,"kemalasan melampaui batas-batas kerajinan"...heh...

alhamdulillah, skng da masuk 2010..mungkin dah tiba masanya aku ubah balik path hidup aku untuk sepanjang tahun baru ni..tapi yg cam-ta-bestnya, macam-macam kontroversi la pulak awal2 tahun ni...
kontro pasal nama tuhan digunakan agama lain la, excident bas la ( err, ni taun lepas punya.. ), exam untuk budak-budak uniten yang bertimpa-timpa la, dan bermacam-macam lagi masalah kontroversi yang kurang munasabah dan tidak berapa wajar dilemparkan pihak-pihak berwajib sewenang-wenangnya... dan yang terbaru, gereja ter-meletup pun ada...konco-konco aku sampai da canang sana sini, kat puchong da ada heli ngan trak polis besepah-sepah, kononnya mencari suspek yang tak bertanggungjawab..haish, tak cukup ke lagi masalah yang dah timbul selama ni?..err, ke heli ngan trak polis ni sekadar berjalan-jalan mengambil angin malam sementara menunggu waktu buat roadblock untuk sang pe-rempit?cam xlogik pulak..



oh, next week aku ada submission yang perlu dihadap, exam..selasa = subject digital logic..sepatah haram pun aku xrevise lagi..sangat bagus...ari khamis = subject mechanical : static, sangat-sangat best...pun sepatah hape aku xstudy lagi...sangat terbaik...


dan yes, dan yes yes lagi, bila kad atm aku rosak..ta-bleyh klua duit da..haha, padan muka ko..terpaksa mengharap pada "adik-beradik" aku, mr. daus jela utk belanja sehari dua ni..muka aku pun da setebal tilam kingcoil bila nak minta duit belanja dapur kat dia...adoi...byk gila jasa dia pada aku..kena tebus balik kaw-kaw ni...


pada yang sudi lagi membaca, rasanya pasni blog aku ni akan kembali hidup la mudah-mudahan..semoga lebih banyak merapu meraban aku kat sini yang akan terpacul keluar..


last but not least, " elakkan typo bila bersembang bersama kami "