January 28, 2010

Gaduh : Perempuan Terkuat Seluruh Nusantara

"Perempuan nak gaduh"

Apa komen korang? Beliau-beliau ni menggelabah? Berhak? Ada kuasa, macam power rangers tu? Menegakkan keadilan mahupun pkr, malah dap? Atau sekadar membajetkan diri mereka sendiri bahawa mereka ni cukup kuat, dan mampu berbesar hati dengan kekuatan yang mereka ada bila berhadapan dengan lelaki?

Walau apapun komen anda terhadap mereka ni, ingin saya tegaskan bahawa pergaduhan yang dinyatakan disini bukanlah membawa maksud pergaduhan mulut, bertengkar, memekik terlolong ternganga menjerit-jerit macam beruk makye, tetapi jenis pergaduhan berkumpulan, atau dengan nama lainnya pergaduhan "geng", namun bukan "Geng Pengembaraan Upin & Ipin", tetapi lebih kepada gaya pergaduhan "Geng 606" atau "Geng Mamak". Ah, senang cerita, gaduh nak bertumbuk. Macam lelaki, bukan?


Kenapa tiba-tiba salah satu aspek gaya hidup masa kini ni dipersoalkan? Sebab aku dah meluat tengok budak-budak perempuan ni bergaduh macam budak lelaki. Even budak lelaki pun banyak yang lagi suka slow talk. Ini tidak, asek nak bertumbuk, bertarik-tarik rambut, tudung, bertepuk tampar macam dengan pakwe masing-masing time tengah gaduh. Lagipun yang banyak prefer jalan bertumbuk ni girls yang sumenye masih budak sekolah ingus meleleh-leleh. Alahai, comel betul korang ni. 


Sudah-sudah la tu, sape-sape pun antara korang, sekuat mana pun, kentut busuk gak, kena tembak mati jugak, ke kubur jugak sudahnya masing-masing.

nota kepala lutut : aku jumpa budak pompuan nak bergaduh ni pun dalam mspes. yela, mespes, a place for "school" children. hah

No comments: