March 4, 2010

Pakcik Leter

Malaysia nampaknya makin panas. Ke dah memang panas, cuma aku je yang tak berapa nak sedar? Ari-ari kena sunburn, pigmentation, darkening, dan macam-macam istilah lain yang ada kaitan dengan menggelapkan kulit. Mak aku pun asek komen je yang aku ni itam legam da, tak macam dulu.


"Biasa la mak, abang kan lelaki. Lelaki kulit cerah tu dah memang keturunan dia cerah. Kalau tak, maknanya dia perfectionist, putera ais, kena nur matahari sikit dah menggelupur. Terus nak capai sunblock, payung, kipas, air cond bergerak kalau boleh dia nak."


Internet uniten tiba-tiba slow pulak pagi tadi. Nak update layout blog ni pun dah tak boleh. Lubuk download aku pun dah down. Ah, persetankan.


"Internet is NOT my life."


Kejap lagi masuk waktu solat fardhu Jumaat. Kaum Adam, berangkatlah kamu ke dalam perkarangan masjid sebaik sahaja mendengar azan, apatah lagi azan kedua, dan seterusnya khutbah. Bukannya masih di Upten dan melantak nasi beriyani lauk ayam dan sedikit papadom dengan penuh lahap, sedangkan khutbah kedua pun dah nak abes.


Petang ni nak pegi boling ke tidak?


---

No comments: