May 16, 2010

Ah, Kau Ni Kenapa?

0 ulasan
Dari minggu lepas, aku tak update-update pun blog ni. Rasa malas, kurang mengikut mood serta bermacam-macam masalah menimpa, tapi alhamdulillah, semuanya da disettlekan satu persatu, sikit demi sedikit. Kat fb pun, wallpost aku hanya sepatah dua perkataan. Cukup la kan? Panjang-panjang buek po, bukan ada orang kisah pun :)

Hujung minggu lepas, aku buat kerja sambilan dengan bapak aku, kat rumah baru kitorang, Tanjung Karang. Tapi picta-picta takde pun yang dapat aku ambik, sibuk sangat mengacau simen. Ayah aku pulak sibuk menampal marmar kat lantai. Lepas 4 jam buat kerja, masing-masing mengaduh pasal kulit tangan mengelupas sebab lama sangat kena simen. Balik rumah 3 hari kemudian, mak dengan adik perempuan aku pulak komen, kata aku dah gelap macam mat-mat indonesia kerja buruh binaan. Terbaik betul.

Sampai sini jela kot. Rasa tak bermaya sangat sebenarnya nak memerah otak nak cari idea-idea menulis. Letih buat kerja semalam pun tak hilang lagi. Take care.

p/s : jangan pikir sangat pasal masalah, am. sume orang ada masalah. biar je benda ni flow, konfem senyuman boleh terukir lagi kat muka ko yang sejak kebelakangan ni masam macam ayam berak cirit.

May 2, 2010

Kerja Kerja Cuti Kerja

0 ulasan
Alhamdulillah, selesai sudah semua urusan aku pagi ni, except kerja menghantar/mengambik adik aku dari skola. Itu da memang jadi career aku pun, so tak dapek den nak nolong eh.
Start dari Khamis lepas, ber-emo je keje aku. Dah tu, yang dipegang terlepas, yang tak dikejar tak datang-datang (memang la, ye dak?). Kecewa la aku kejap, merana tak tentu hala. Haha, macam orang buduh la ang ni dok pi buat lagu nu. Takpa-takpa, ari ni maybe bukan ari ang, esok lusa depa tau ka? 

Aku semakin banyak merepek nampaknya.

Hujung minggu lepas, aku balik rumah aku lagi satu. Family aku bakal pindah sana hujung tahun ni, insyaAllah. Tapi kira kampung gak la tu kan? kan kan? Err, banyak la jugak aktiviti aku kat sana, even just balik untuk 2 ari. First time woo wa cakap lu, mandi rumput. Korang penah mandi rumput? Paling koman pun mandi hujan, tak pun mandi peluh sampai berbau longkang badan memasing. (Weekkk)
Ingatkan senang je keje potong rumput pakai mesin ni. Skali bila da buat, perh, letih gile. Macam nak patah lengan aku lagi skali. Bukan lenguh apa, lenguh menghayun pisau mesin rumput tu. Siap dengan pakej mandi rumput lagi. Sampai atas kepala aku rumput-rumput tu naik. Tapi best gak, terapi natural bak kata makcik kantin skola rendah aku dulu.

                                     Dengan pasir, batu, dawai, sume aku mesin. I Don't Care! :D

Pastu aktiviti aku lagi,tolong pasang kerawang bumbung jela ngan bapak aku. Yang ni memang betul-betul DIY, stock measurement sume pakai agak-agak, tangkap muat je. Kalau lebih, takpe, boleh potong lagi papan tu, ni terpendek pulak. Dah nak kena adjust pulak lagi. Selebihnya aktiviti, lepak-lepak, layan adik-adik aku main api ngan air jela kot.

Balik ari ahad semalam, singgah kejap kat pasar malam tanjung karang. Tapi time tu petang lagi. Gerai pun sume baru je bukak. Memang dah jadi bookmark aku tempat ni, penuh ngan awek je. Tambah-tambah pulak tengah kecewa tetonggeng sadis madis pasal kejadian beberapa ari lepas, memang sememey je muka aku tengok memasing jalan berkepit dengan awek. Dalam hati, "ceh, ingat awek kau tu terbaik ke?" Padahal diri sendiri yang jeles. Wuu.
Macam-macam ragam manusia ni. Tapi kalau kat tempat ramai orang camni, satu benda je paling aku suka tengok, fesyen-fesyen pakaian dorang yang bermacam-macam pe'el. Yang pakai terompah kayu lama macam apek tu pun ada, yang pakai tudung, baju ketat takdak lengan pun ada, sampai ternampak celah ketiak dia yang bak kata adik aku yang perempuan tu, "sedikit kehitam-hitaman." Kah3.

Da la, aku tak larat da nak gelak.

Harap-harap la problem aku dengan dia settle cepat. Da pening kepala da aku ni. Takkan aku nak grab dia dari bf dia (ops!) macam aku grab mp3-mp3 kat myspace dulu tu, tanpa menghiraukan copyright-copyright yang ada. Hurm.

                                                         I'm Not Perampas

Selamat? Pagi

0 ulasan
-Masih dalam mode sewel. Haha.-

Dipetik dari wallpost aku sendiri :
confused? mad? feeling weird and stupid? there's lot of concrete wall around to bang your head like hell..:D:D:D
Silakan-silakan..:):)

=====================================================================================
 
Oh, petang nanti ada la kot post baru.. Banyak urusan pagi ni perlu diselesaikan, serta mencari card reader baru untuk memory card aku yang dah aku lupuskan sebelum ni guna playar kacip. :D
Mengada-ngada sangat card reader tu, nak kena aku pegang je baru boleh transfer data. Banyak cantek. Hehe