January 26, 2010

Kucing Oh Kucing

Sekarang ni aku pun tengah cuti. Tapi hari ni da hari Rabu, tinggal lagi berapa ari je lagi, then abes trus cuti. Huish, tabest tul. Pastu da nak kena mengadap projek, assignment, test, quiz, dll.. Betapa tak bestnya. Ishk2.

Student kalau time cuti, biasa la. Masa untuk melajakkan segala-gala benda yang ada kalau boleh. Tido melajak-lajak, nak tido pun melajak-lajak, nak sembahyang melajak-lajak opss..., nak buat tu melajak-lajak, cuma satu je yang akan tak dibuat, disentuh, atau dibukak langsung. Buku Advance Calculus. Da la berat, besar, boring pulak tu. Haha. Tapi ada lagi yang tetap sentuh, dan yang pastinya peratus untuk aku sendiri sentuh buku tu memang sikit gila, approaching zero.

Tapi dengan aku lain pulak. Yela, pagi-pagi je aku kena bangun awal, 1st bangun subuh, then anta adik aku pegi skola agama kat ujung kampung tu. So-so memang takde peluang untuk aku bangun lambat, tapi takpe la. Aku lagi suka bangun awal. :)

Hari ini da hari ketiga aku gi anta adik aku skola pagi-pagi. Moto aku yang cun tu pun da jadi tak berapa nak kacak, da bertukar jadi rupa macam baru balik sawah. Lalu shortcut punya pasal, tiap-tiap petangnya semalam, memang jalan tu penuh dengan lopak dan juga kolam-kolam kecil yang cukup strategik untuk dijadikan tanah rancangan penanaman padi huma. Hasilnya mesti lumayan gila nanti. Haha. Tapi yang aku pelik, jalan tu ada kat sebelah parit besar, dan parit tu punya la busuk. Orang yang tinggal kat sebelah jalan tu takde bau pape ke? Ke sume da assume bau tu normal, macam bau AmbiPur? Hurm. Yang cukup seronok bila lalu jalan tu dan jalan kampung sekitar situ pagi-pagi, sebab ada kabus. Peh, memang sejuk gila. Kabus memutih kat paras orang berdiri je. Putih, sebijik macam awan. Tak sangka paya belakang rumah aku ni cantik bila pagi-pagi.


Tengah-tengah nak parking moto lepas anta adik aku tadi, tetiba mak aku menjerit dari atas,
"Am, duit belanja wan tertinggal. Pegi anta kat dia kejap."
Ayark, baru nak parking. Hurm, kesian pulak adik aku tak belanja karang. Takpe la, aku pegi anta. Speeding la aku meredah lopak, onak duri belukar dan ranjau belakang rumah aku dengan penuh gagah, berani dan membabi butanya. Tetiba jalan kampung tu jammed pulak. Hadoi, haru betul. Takpe, bawak kenderaan dengan berhati-hati tu dituntut hidup cikgu Mail belajar memandu kat tempat aku amik lesen dulu. Lepas je anta, aku pun balik. Tengah sedap-sedap main belok-belok kat jalan sehala, ERRRRKKKKK......

Dua ekor kucing tengah seronok berasmara dana kat tengah-tengah jalan..
Hoi, nak buat pun buat la kat tepi, bukan kat tengah jalan! Lorh...

3 comments:

fafaz said...

uihhh.
rajennya antar adek!
bagus2.

;))

hafizmustafar said...

bagus...
mcm mna assignment agama??

chocobi said...

fafaz : hehe...bukan selalu pun dpt anta..time cuti ni jela...
apis : erk, assignment agama? yg soklan byk2 tu? blum lg..hihi