January 25, 2010

Letih la aku hari-hari macam ini.....

Semalam seronok betul aku jalan-jalan kat Bangi. Err, jalan-jalan ke? Actually aku pegi "Uniten Tercinta" sebenarnya, nak bagi slip copy keputusan MUET. Kononnya la. Hampeh betul. Aku gerak gi sana dengan daus, kitorang plan kononnya boleh la kot anta, then terus berambus dari situ sepantas mungkin. Aku da menyampah gila da mengadap Pakcik kat registrar tu.Yela, kalau dia tak buat merepek dia yang macam selalu tu semalam, maybe aku elok je ngan dia.

Sampai je kat sana, aku terus tuju office registrar. Aku pun tanya la akak comel kat kaunter tu. 

-"Akak, nak bagi slip MUET."

Akak tu pun jawab dengan penuh lemah-lembut, sopan santun, nak gugur rasanya tali perut aku bila dengar suara dia kata,

===========================================================

"Er, slip muet? Dah cop da?"
-"Err, belum la kak. Nak cop kat sini boleh tak?"
"Yang ori ada bawak tak?"
-"Ada ni. Boleh tak kak?"
"Ha, adik boleh minta sain kat dalam tu." 

===========================================================

sambil tunjuk kat opis belah kanan aku.

Hurm, kat situ bukan ada Pakcik uniten yang memang "terbaik" tu ke? Adoi, leceh betul.
Takpe, relaks sudeyh. Dengan penuh yakin, aku ngan daus gerak pegi kat opis tu. Secara automatik dan tanpa disuruh-suruh, pakcik tu terus bukak mulut dia,

===========================================================

"Hah, ni nak apa pulak ni. Dengan pakai t-shirt je ni, aku usha diri aku sendiri, lol. aku pakai jaket la dodol. Pakai slipar lagi, aku usha lagi, aik, aku pakai sandal la. d#@! nak apa la ni. Malu la dekat budak-budak yang baru daftar kat tepi tu."

-"Tapi saya dari rumah. Tengah cuti ni."

"Biarla tengah cuti ke apa. Hari ni kan hari isnin, kena pakai formal. Saya yang da grad ni pun still lagi pakai ikut peraturan, bla bla bla bla bla bla."

-"Err, pakcik, saya nak amik cop ni. Kat mana ek?"

"Ha, tau pun nak berurusan ngan orang, tapi pakai slipar. Dah-dah, takde, datang esok."

-senyap...."Tapi pakcik, saya nak sain jela."

"Dorang takde, dorang pegi minum, datang esok."

============================================================

Macam nak bersembur-sembur "F" word dari mulut aku. Tapi still, aku sabar. Takpe, aku nak try gak. Alih-alih aku ngn daus amik keputusan balik cendi je. Lagipun ada kasut aku kat situ, so boleh la aku pakai dan elakkan bebelan pakcik tu lagi. Kitorang lepak jap, pastu pegi lagi. Aku kesian kat daus sebenarnya. Dia ikut aku pun sebab nak minta tolong aku temankan dia anta laptop dia kat kedai. Jadi buntut pulak lappy baru tu, tetiba rosak je. Aku pun pegi la lagi sekali.

-"Akak, dorang da balik da?"
"Entahla dik, rasanya da balik. Cuba cek kat dalam tu."
-"Mekaseh kak."

Aku masuk mengadap muka pakcik tu lagi. Kali ni dia tengah bersembang dengan membe dia pasal apa entah. Elok pulak mood dia. Pagi tadi MC kot, tu yang angin semacam. Aku pun tanya kat dia,

===========================================================

-"Pakcik, nak amik cop."
"Dorang takde la dik. aik, elok pulak mood dia. maybe sebab aku pakai kasut kot. Cuba masuk kat dalam, pegi kat ofis belah kiri tu."
-"Ok, mekaseh pakcik."

===========================================================

Sampai kat dalam, aku nampak sorang akak dan sorang "makcik" tengah sibuk buat mesyuarat tingkap. Hurm.

===========================================================

-"Assalamualaikum, kak. Nak tanya boleh?"
"Apa dia dik?"
-"Errrr...err, nak amik cop pengecahan kat mana?"   
"Hah, pengecahan? hahaha.. pengecahan kat sini takde dik, kalau pengesahan ada..kat dalam tu..hehe."
-"adoi, cakap pun da berterabur, mekaseh ye kak."

kat dalam opis yang akak tu tunjuk...

-"Assalamualaikum, puan. Tumpang tanya boleh?"
"Ha, kamu nak apa?" uih, macam nak makan orang
-"Saya nak minta cop."
"Cop pengesahan?"
-"A'ah."
"Eh, kamu ingat tak hari ni hari apa?"
-"Err, ari isnin. Kenapa?"
"Kami tak ingat ke kalau ari isnin ada apa?"
-"Err, ada apa ek. dalam kepala aku, hurm. ada meeting ke ek. takkan la. ada apa la pulak. adoi. Saya tak ingat la madam."
"Kamu tak ingat? Ha, takpe, balik dulu, nanti baca dalam buku peraturan, hari isnin ada apa."
-"Err, saya nak minta sain je."
"Memang la, tapi kamu tak pakai formal. Kena pakai formal, takkan kamu tak tau."
-"Tapi saya tengah cuti, cuti midterm. Dari rumah ni."
"Tak kesah la cuti ke apa, kena pakai gak."
arghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!11111111

===========================================================

Terus aku tarik muka, blah terus dari situ dengan ucapan "terima kasih" kat madam tu. Eeeee, rasa nak headshot je kepala dia pakai MK. Aku pun jumpa daus dengan muka yang jauh lebih tension dari makcik cleaner pakai jersi 34 tu. Kitorang try lagi tanya kat akak comel tu, dia kata dia pun tak boleh nak tolong. Ishk2. Nasib baik la akak tu comel, at least kurang gak stress aku hari tu. Aku try lagi minta kat opis belah kanan ngan daus, kali ni orang yang bertanggungjawab tu pulak meeting.
Hadoi.....

Aku amik keputusan balik Puchong, pegi kat sekolah menengah aku, and amik sain kat situ je. Abes cite. Memang rushing gila masa tu, tambah-tambah tengah tensi lagi. Isi minyak full-tank, terus aku pulun 120-130 km/h kat highway. Tengah-tengah speeding, tetiba dari lori depan aku terjatuh lak something. Aik apa benda ni. Aku dapat tengok sekilas lalu je. Teddybear. Hurm, apa teddybear buat dalam lori kargo macam ni. Aku nak amik, tak sempat la pulak, da laju sangat time tu.

Sampai kat sekolah, aku pun dengan muka brader-brader bersama daus dengan jersi Beckhamnya pegi la kat opis skola. Tunggu punya tunggu, puas gak cuci mata ngan cikgu-cikgu baru kat skola aku tu yang makin lama makin cun, woah. Dapat gak sain. Yes2!

Pastu kitorang gi anta laptop daus lak. Tengah nak naik tangga dalam shopping complex tu, tetiba terdengar lak satu bunyi yang kuat, macam benda terjatuh. Memang kuat gila, and aku tercari-cari apakah yang terjatuh? Bila aku tengok je, hahahahaha. Visor helmet daus yang memang da prob tu tertanggal terus dari helmet dia, terus memekak kat lantai depan khalayak ramai. Kahkahkahkahkah.


Last-last bila kitorang pegi kat kedai tu, tuan punya tu belek punya belek, dia pun cakap yang laptop daus tu maybe rosak teruk, so better pegi claim warranty je. Laa, kesian gak kat daus ni. Takpela.


Next scene aku lalui tanpa dia, kitorang da decide yang aku pegi uniten lagi sekali sorang-sorang jela, sian dia nak teman aku ulang alik camtu. So kitorang aparted, masing-masing membawa diri.


Kat highway lagi, aku speeding 120-130 km/h. Ada la sekali 140. Sampai je kat sana, jam da nak pukul 2 petang. Hurm, tengah lunch ni. Takpela, aku tunggu kat bawah. 


Pukul 2:15

-Aku naik atas kat opis registrar. Aik, gelap je, takkan tak sudah lunch lagi. Hurm, takpe, awal lagi kot.


Pukul 2:30


-Aik, takde lagi.


Pukul 2:45


-Huishh, pesal dari tadi gelap je ni. Aku pegi kat depan opis, tengok dekat-dekat notis yang tertampal kat pintu opis tu.
"Registrar ditutup dari pukul 2.00 - 5.15"
Argh, wtf!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Pukul ko!!!!


-Aku pegi upten, dengan muka kecewa. Capai sebotol 100 Plus Activ, then minum kat luar kedai. Hari tu cuaca memang panas gila. Aku tak tau kenapa, tetiba jadi sentimental pulak masa tu. Aku terpikir, maybe ni sume ujian untuk tambah sabar aku. Maybe. Aku tak tau. Tengah-tengah sedap melayan perasaan, melayan pikiran aku yang merewang nun ke Penang sana, terpikir pasal Farah, tetiba sorang awek comel sebelah aku jalan masuk ke kedai. Aku tengok jela sekali lalu, takde minat pun nak tengok time tu. Girl tu melayu. Dan tetiba aku nampak partner dia. Woah, uncle arab.


Hurm, awek melayu pun skang prefer arab. Yang laki melayu nak amik sape pulak, makcik arab?
Jaja?


---

 

No comments: