November 28, 2010

Deep

0 ulasan

Sejujurnya, aku agak down sekarang ni. Dua sebab. 1st, tiba-tiba MS Word crash masa aku tengah 50% done tulis post kali ni, serta aku tak save langsung, dan 2nd, kerana result final exam aku untuk semester lepas. Boleh aku katakan, hari ni, 26 haribulan 11 2010 ni merupakan hari yang paling aku tunggu-tunggu tahun ni. Sebab result untuk exam aku yang lepas akan keluar hari ni. Cukup bersemangat aku nak pegi cybercafe petang tadi, memandangkan kat rumah aku, P1 Wimax aku dah kena suspend pasal dah 2 bulan tak bayar bil. Bapak aku pun dah amik keputusan nak potong je P1 tuh, since rasa membebankan pulak. Kalau ikutkan, memang nampak membebankan pun. Pasal dengan life aku kat Uniten ni yang almost every semester, ada je prob sampai nak kena pinjam duit mak ayah aku. Muka ni, kalau ikutkan, dah setebal bukan lagi satu inci, dah nak dekat 3 kilometer tebalnya pasal dah selalu sangat minta tolong dengan mak ayah aku. Tu belum lagi dengan tebal muka minta tolong housemate dan membe-membe tolong bab-bab bayar itu, bayar ini. Segan pun ada, malu pun ada, sedih pun ada. Sebab aku tak mampu nak ringankan beban diorang, dan beban adik-adik aku. Padahal sepatutnya aku bantu dorang. Aku tolong dorang, bantu adik-adik aku yang lain untuk capai kejayaan. At least lebih dari aku. Aku tak nak dorang ikut cam aku. Asek menyusahkan orang.

    

Bila diberi dua pilihan, berita baik atau berita buruk dulu, aku selalu pilih nak dengar or nak tau berita buruk dulu. Kenapa aku tetiba cerita benda ni? Sebab tengok pada result exam aku, boleh aku katakan yang result aku ada dua part, satu baik dan satu kurang baik. So sekarang, aku berminat nak membebel pasal teori berita baik dan berita buruk, mana yang sesuai kita dengar dulu. Mungkin sebab aku tengah down, jadi view aku nampak bertentangan dengan sesetengah pihak. Takpe, silakan argue J


 

Kalau ikut teori dan prinsip yang aku selalu tetapkan dalam jiwa aku sebelum ni, aku suka terima berita buruk dulu. Sebab selalunya, berita buruk ni effect dia kuat, sampai mampu untuk musnahkan 100% rasa gembira dan bangga yang mungkin kita terima bila kita dengar berita baik dulu. Jadi, aku selalu tetapkan dalam hati aku, agar expect failure. Expect for the worst that can happen. Mungkin ada yang akan kata, sikap ni tak elok. Ye, aku mengaku, memang sikap ni tak elok, sebab secara tak langsung, kita berfikiran negatif. Tapi ada caranya. Bukan kita terus expect yang paling teruk. Maksud aku, kita expect sesuatu yang paling low yang kita boleh expect. Contoh macam exam. Kalau fikiran negatif, maybe kita akan expect dapat 0. So jadilah kita Si Kosong. Tapi maksud aku expect worse, adalah berpandukan dari pencapaian kita serta prestasi kita untuk exam-exam yang sebelumnya. Bukan expect worse membabi-buta. Itu fikiran negatif namanya. Contoh macam before this, kita dapat 50, then 55, so yang paling worse kita boleh expect, adalah 60. Tak kesah la kita dah usaha sampai tahap mat nerd punya level ke, or macam orang kata, bangun tidur, tengah berjaga, dan nak masuk tidur, sume dengan buku, pensil dan pen, serta kalkulator. Sebab bila kita expect macam ni, secara tak langsung kita memupuk satu sikap yang cukup berharga dalam diri kita, sikap mengejar kemajuan. Mungkin kemajuan tu sedikit, tapi lagi baik, jauh lagi baik dari menurun atau tak berubah. Dan dari situ jugak, akan lahir satu lagi nilai murni yang kita selalu abaikan, sengaja atau tak. Iaitu rasa bersyukur.


 

Manusia. Rasa tamak ni tak pernah dan tak mungkin dapat kita buang dari makhluk bernama manusia. Kenapa? Sebab memang fitrah manusia, kita tak pernah atau susah nak bersyukur dengan apa yang kita ada. Ye, mungkin ramai gak yang akan bangkang benda ni. Takpe, aku tak kisah. Sebab ini hanya pandangan aku, apa yang aku nampak, mungkin betul, dan mungkin jugak salah. Jadi kalau salah, minta tolong betulkan ye. Contohnya, even kita terima atau kita dapat sesuatu yang kita anggap remeh, atau rendah, atau mungkin tak cukup dengan kehendak kita, kita akan merungut. Mungkin ada yang tak buat. Tapi selalunya kita merungut secara tak sedar.

"Kenapa la aku dapat banyak ni je."

Mungkin dalam hati kita akan terkeluar ayat ni. Even apa yang kita ada tu, mungkin jauh lebih baik, atau lebih mulia dari orang lain yang dapat lagi rendah dari kita. Kita merungut. Dan dari situ, dah jadi satu tanda yang kita tak bersyukur. Tapi yela. Kita manusia, memang tak boleh nak halang perasaan ni dari terkeluar. We can't help ourselves. We can't help it. Sebab tu bila kita terima atau lalui keadaan macam yang aku nyatakan tadi, sebaiknya atau seeloknya, kita ucapkan Alhamdulillah bagi yang Islam, dan berterima kasih pada tuhan bagi yang bukan Islam. Sebab apa? Bila kita ucapkan macam tu, kita akan rasa senang hati, dan makin lama kita boleh terima kenyataan bahawa kita dapat banyak tu je. Takde la frust menonggeng semacam tak tentu hala. Dari situ jugak, kita akan belajar untuk mengejar kemajuan. Kita terapkan dalam hati kita, untuk cuba naikkan apa yang telah kita ada. Kita usaha. Mengejar kemajuan bukanlah satu contoh manusia itu tamak. Kalau kita sempitkan minda, maybe kita boleh cakap yang kemajuan tu simbol ketamakkan manusia. Tapi hakikatnya tak. Yela, kita kejar kemajuan, untuk perbaharui apa yang kita dah ada. Tapi objektifnya, motifnya, adalah untuk kesenangan bersama. Dan kat situ, kita boleh nampak beza antara perkara yang ada unsur tamak, dan tidak. Kalau tamak, kita kejar kemajuan hanya untuk keuntungan, kesenangan kita bersama. Tapi tidak. Aku yakin, sume agama menggalakkan dan menyuruh umatnya dan penganutnya untuk saling membantu sesama sendiri, kita nikmati bersama, makmurkan bumi ni, dunia ni dengan kesenangan semua orang. Dan bukannya untuk diri kita sendiri semata-mata.

Jadi, camna pulak kalau kemajuan diri kita sendiri? Senang je. Kemajuan diri kita sendiri akan memberi sumbangan kepada orang lain jugak nanti secara tak langsung. Semuanya terletak pada hati kita sendiri. Kita nak atau tak nak, kita yang tentukan. Dan tamak ni pulak, selalunya memberi kesan buruk pada pihak lain, secara tak langsung ataupun tak.


 

Dengan kata lainnya, tamak ni lebih pada pentingkan diri sendiri. Berlebih-lebihan dalam mencari sesuatu, dan membawa kepada pembaziran. Dan menyusahkan orang lain.


 

Ok, dah cukup jauh aku menyimpang dari motif asal. Jadi, dah boleh nampak kan kenapa aku suka pilih yang buruk dulu? Kita suka dengar benda yang menyenangkan, yang menggembirakan. Jadi bila kita dengar yang buruk dulu, even yang kemudiannya tu, baik tak seberapa pun, at least akan membantu kita untuk berfikir sampai ke tahap macam aku cerita kat atas tadi. Kita akan mula bayangkan, macam mana kalau kita dapat lagi rendah atau lagi teruk macam orang-orang kat bawah kita. Dari situ kita akan bangun balik. Dan terus berusaha untuk dapatkan yang lebih baik dari apa yang kita ada.


 

So mari kaitkan dengan result aku. Ikut teori aku, aku suka dengar yang buruk dulu. Tapi kali ni, terpaksa aku terbalikkan, sebab.. Err... Sebab aku tak tau kenapa. Aku just rasa lebih selesa macam tu. Yang baiknya, aku ada peningkatan dari sem lepas. Setakat ni tak pernah turun lagi. Dan yang buruk, aku masih tak merasa nikmatnya bila tengok result kat UnitenINFOSystem, dengan pointer 3 ke atas. Still lagi melekat kat 2, walaupun dah sipi-sipi menghampiri 3. Sedih sangat. Aku sampai mimpi-mimpi malam sebelumnya pasal result exam aku ni macam mana. Dalam mimpi tu, aku ada fail, kena repeat paper. Satu keadaan yang memang betul-betul aku jauhkan. Aku sanggup pertaruhkan nyawa aku sendiri asalkan jangan repeat paper. Bukan sebab repeat tu tak elok, tapi sebab aku ada masalah bab-bab kewangan. Dah la satu subjek sampai nak dekat 700++ satu semester. Mahal tu. Mana nak cari duit. Loan ptptn, dah tentu dia tak bagi untuk special semester. Apa yang aku boleh buat, just usaha sebaik mungkin on the first hand.


 

Expectation aku : takde repeat paper + 2.3/2.4/2.6/2.7 (2.3, aku akan terima dengan air mata depan awek jaga cc tuh. Aku tak kira)

Result : takde repeat paper + lebih dari 2.7 (tak perlu la aku nak bagitau. Sedih aku. Malu tu dah tak terkata rasanya. Betapa malu aku dengan mereka-mereka dan korang yang baca post ni, dan tak pernah dapat 3 ke bawah. Serta bagi mereka yang sentiasa score terbaik dalam exam. Dan yang kenal aku. Senang crita, aku malu dengan sume orang)


 


"Aku down ni. I'm going down :( "


 

Takpela. Alhamdulillah, benda yang paling aku elakkan, berjaya aku elak.


 

Was It My Day, Or Your Day?

0 ulasan


"Have you dumped everyone you've ever been with? You've never been really the dumpee?"

"Look. I'm dabbled in being a bitch .It's part of the reason I moved here. I was really hoping to just leave it all behind me."



"I really fought for you."

"Maybe I'm not the one you should've been fighting for."



All these. All these phrases are from my favorite movie. Did I mention to you before that my most watched movie is Scott Pilgrim VS The World? Yeah. Yeah. I know. I've told you about this for the 8374th time. I'm sorry.



These few days. I find it really hard to get past through. But still, I made it with full health and alive. Well, maybe not that much alive like I've used to. But that doesn't give you any authority to call me a walking dead, even though I might look like it sometimes. I'm just. I don't know how to put it altogether. By the way, sorry for late reply to those that came by to this blog. And I beg for your forgiveness, me lord, for my lateness in posting new post. You might be asking why, isn't it? See, my internet connection has been suspended, since I didn't settle the bill for two months now. It sucks by the way, so I still have to go to cyber cafes sometimes just to read new blog posts from my friends, reading my emails and spams, and doing my usual lolling around in Facebook. Damn, I really need to find something that can put my mind all back together. Oh, there you are.



"/K/omikz, giving you fresh lulz, everyday."



Why did I find it hard to write in English now? Is it because of my dull expertise in writing, or am I just bad in English. But my SPM got A1 for English. Oh, SPM is for kiddies? Yeah right. Shit, what am I talking about. Ahh, I better start writing in Bahasa then.



OK, lega hati aku bila tulis dalam BM nih. Nak tulis dalam english, bukannya pro sangat pun. Grammar pun entah kemana berteraburnya. Tu la jadinya bila nak mengarang dalam English, tapi takde point yang kukuh. Kalau dalam BM, senang je nak merepek2 or apa pun. Maybe sebab English aku tak strong sangat lagi kot, so nak talk trash pun tak reti lagi. Ah, persetankan English. Sokonglah bahasa ibunda. Err, tapi bahasa rojak ni bukan bahasa ibunda pun. Takpe2, ko tulis dalam blog je am. Still boleh dimaafkan, kot. Kalau ko tulis camni dalam surat rasmi nak mintak biasiswa JPA, jangankan nak dapat, dia nak baca pun belum tentu lagi. Mungkin untuk lulz, tapi lepas tu, ke tong sampah jugak peginya. Baiklah, berbalik kepada motif asal aku tulis post ni. Bangun dari tido pada pagi hari Sabtu ni je, kepala aku da terawang-awang macam orang demam kepialu, serabutnya bukan main tak senonoh betul. Macam-macam benda yang sibuk mengacau ketenteraman manusia sejagat. Alah, sebenarnya benda simple je pun. Tapi disebabkan kepala aku sendiri yang lebih kurang sewelnya macam brader kat Petaling Street yang sibuk tarik orang beli DVD pirate tuh, tak habis-habis nak pikir mendalam sangat, kononnya nak betul-betul amik berat. Yeah, amik berat MY A$$! Haa, kan dah ter-swear. Ish ish. Teruk betul ko ni am. Bro, orang skang da tak main da beli-beli DVD kat Petaling Street or kat pasar malam ni, apatah lagi pasar tani atau pasar terapung. Sekarang ni sume dah maju, sume pakai download, tengok kat laptop je. Kalau kemaruk sangat dengan DVD pun, boleh burn sendiri je kat rumah. Dah tentu free of charge, yang eden kono bayar cumo bil nyo ajo. Haha, betul ke aku merepek nogori ni? Tula, namanya aja dalam IC lahir kat nogori, tapi loghatnya pun still noob lagi. Wow, tak sedar lak aku bila tulis dalam MS Word, blog jadi panjang gila tapi still nampak pendek lagi. Ok, mari merepek banyak-banyak lagi :D



Tabiat aku sekarang, bukak laptop, open winamp, trus sambung playlist semalam. Baru bangun tido nih, skali lagu yang kua, "Sleep Hypnosis by Judy Langton Smith". WTH. Aku baru bangun tido, dia nak suh aku pejamkan mata, amik nafas dalam-dalam, penuh sopan santun dengan adab-adab ketimuran dan barat daya, kira nombor dari nombor 500 sampai 1, sampai lebam, sampai rosak. Aku da puas da tido semalam, even though fikiran serabut tak tentu hala. Am, please. Tolong la stop cakap pasal kepala ko serabut. Aku rasa yang tengah baca post ko ni pun, kalau ada, tengah duk serabut jugak dengan segala macam rupa repekan ko yang membabi buta ni.



Tak sampai 2 saat pun aku dengar Judy Langton Smith tu membebel, trus aku forward, tukar lagu. Terkejut beruk aku kejap, bila keluar lagu Alesana, Annabel. Mana taknya, dari lagu yang senyap sunyi, sleep inducing crap, trus bertukar jadi lagu screamo that can knock the S out of your A. Ha, ni baru penaik semangat nak tempuh hari baru. Ni tidak, lembik je. Pagi-pagi dengar lagu jiwang, apa yang jadi? Otak korang jadi sebu, tepu. Penuh dengan segala macam sampah percintaan fantasi yang karut marut dan entah hape-hape ceritanya. Dengar pulak lagu RnB, hip-hop. Ha, yang ni boleh la kot. Tapi banyak sangat senikatanya. Aku tak minat lagu yang banyak sangat merepek. Kalau aku yang merepek bila bercakap takpela :D Tukar pulak, dengar lagu nasyid, zikir-zikir munajat. Ni yang paling terbaik dari ladang. Hati korang akan rasa tenang, tenteram, bahagia, segalanya lancar dan bak kata orang putih, go with flow. Tapi aku nakkan semangat membara. Nasyid sekarang sume lagu cintan je banyak. Dah macam dengar lagu jiwang dah. Haish. So better aku stick pada pilihan aku sekarang, lagu screamo, hardcore, metal, thrash, dan rock yang memang fungsinya menaikkan hormon testosterone dalam darah aku. Mungkin aku jadi lagi agresif. Tapi tenaga agresif tu selalunya aku gunakan bila buat push ups, lift dumbell, dan sit ups. Tapi sit up sikit jela, pasal tak best meneran bila bukan atas jamban :D So, lagu-lagu bangun tido aku, adalah band-band macam :

[x] Catherine (fav)

[x] Alesana (fav)

[x] As I Lay Dying (fav)

[x] Bullet For My Valentines (fav)

[x] Avenged Sevenfold (fav)

[x] Anamanaguchi (yang ni cepat boring. Sebab 8-bit songs. XD)

[x] BlessTheFall

[x] Dragonforce

[x] Stratovarius

Serta band-band dari Indonesia dan Malaysia sendiri macam :

[x] As Ashes Fall

[x] Kiss The Fallen

[x] Sweet As Revenge

[x] Second Combat

[x] Daarchlea

[x] Vociferation Eternity

Dan macam-macam band lagi yang wujud dengan genre dan kelas yang lebih kurang sama. Sorry, aku tak layan lagu Hujan pepagi. Kalau pagi tu hujan, takpe. Aku suka, pasal nak sambung tido pun selesa. Nak buat apa-apa kerja pun boleh, sebab cuaca sejuk dan nyaman :D



Aku nak crita pasal cuaca yang aku suka pulak, boleh?





"YOUR BF IS ABOUT TO GET F'D IN THE B!!!!!"


 



November 13, 2010

Am I Normal?

4 ulasan
Alhamdulillah, kembali kita ke ruangan blogger merapu yang tahap penyakitnya sudah masuk pada fasa 5, iaitu penyakit merapu kronik. Simptom-simptom yang ada termasuk merapu yang melampaui batasan norma-norma kehidupan manusia, serta pelbagai rapuan-rapuan merepek yang berpotensi untuk menyakitkan hati orang lain. Maaf dan ampun dipohon dan diternak awal-awal, mana la tau, kot-kot tak sempat nak minta maaf lain kali.


Baiklah, sekarang cuba tengok heading kat atas. Ada macam opening untuk blog Kutuk Balik tak? ada kan? kan kan? Tapi jauh lagi merepek, sebab blog Rave_!X yang punya kerja, jadi campuran daripada DNA Kutuk Balik dan Rave_!X mampu membuahkan hasil yang mampu membuat para pembaca tercengang-cengang kecelaruan tak tentu hala kerana hilang arah tuju serta objektif bahan bacaan. Baiklah am, cukup.


Aku tak tau kenapa aku boleh tak layan sangat bab sports. Kalau ikutkan dulu masa aku kecik, dari umur 5 tahun aku dah diajak ayah aku tengok bola Piala Malaysia kat TV1. Tapi minat aku masa tu, tak melekat langsung kat bola. Yang melekatnya, Mini 4WD Tamiya yang aku sendiri pasang, tanpa bantuan ayah aku pun untuk baca manual pemasangan dia. Gaya cam hebat la tu kononnya, bakal engineer. Dan aku lagi suka main basikal, bawak jauh-jauh sampai sesat, pastu balik lambat, kena marah dengan mak aku. Pastu aku pegi cari papan, cari gelang getah banyak-banyak, buat senapang ceri. Abes jahanam, patah riuk pokok ceri jiran aku dikerjakan demi segenggam 'peluru' pembunuh untuk dibuat main perang-perang dengan kawan-kawan aku. Tapi banyak-banyak permainan dan aktiviti yang aku buat, sampai sekarang aku tak reti nak main guli dengan chess. Padahal adik aku yang darjah 3 dah reti main chess. Haha. Yang reti main, dam haji. Itu jela. Sekarang, bila dah semakin menuju ketuaan, member-member dan housemate aku lagi gila main DOTA dan layan EPL, Fantasy League dan sebagainya. Aku? Mat download jela label aku. Dan mat cari info pelik-pelik. Sebab tu orang lain duk sibuk pegi 15 layan EPL, match Chelshi.. dengan Man Udan.., balik je terus mengadap Fantasy League, tengok points, aku just stay kat rumah, main sms, tengok drama TV3, makan, main Plants VS Zombies, bukak Oddee.com, blog Kari Ngeri, cari album sampai kalau ikut harganya, mau nak ribu-ribu jugak la total. Haish. Aku ni normal ke?



Tapi yela, kadang-kadang suka gak nyakat housemate aku yang die-hard-fan Man Udan.. bila diorang kecundang or down ke. Konfem muka dari senyum menyengih bak smiley YM, terus jadi macam Malek Noor tertelan kapur barus. Mangai, gila bengis. Mati jugak aku karang dia belasah. So, better tarik balik.



"Sorry Don. XD Memain je tadi tuh, err.. Kita kawan, kan? kan? XDD"



Dan masa duduk cendi dulu, tengok pulak antara Mr. Rex dan Mr. BrownGun dok sibuk-sibuk fight kutuk mengutuk bila team memasing menang or kalah. Yang sorang duk kutuk, sorang lagi diam. Bila result vice versa, keadaannya pun sama jugak jadi terbalik. Yang sorang tu pulak kutuk, duk ketawa berdekah-dekah, sampai tampal notes kat almari la, macam-macam hal. Tapi tula kemanisan duduk ramai-ramai. Yang tukang tengok, duk ketawa je tengok gelagat diorang. Tak pernahnya sunyi rumah tu. Takde nak sedih-sedih, jadi emo sampai sebulan dua. Esok-esok elok la balik. Alah, macam budak-budak bergaduh. Biasa la tu kak, nama pun budak-budak kan. Dan dari diorang jugak la, baru aku tau label-label macam :







dan banyak lagi label-label anti-menganti team bola ni. Err, pada fans out there, aku bukan nak kutuk team-team favorite korang, tapi just nak crita pasal diri aku sendiri je. Camne boleh ada kaitan pulak bab anti-team dengan diri aku? Pasal aku sendiri tak layan EPL, so. Ada sinonimnya la sikit, kan? Seriously, takde niat langsung nak kutuk team korang. I just wanna live :(



Abes la aku pasni kena kejar dengan housemate aku yang tengah pakai baju ni XD
 

November 12, 2010

I'm Stressed Actually :S

0 ulasan
Sabtu. Hari ini hari Sabtu. Kenapa dengan hari Sabtu? Rasanya takde apa yang menarik sangat pun. Just ada majlis politik apa entah kat bawah rumah aku ni. Selain daripada tu, hari ni dia pegi kelas memandu, kredit phone aku dah nak abis ( 10sen ), mak ayah aku balik tanjung karang berdua je, aku mimpi pasal kucing, adik-adik aku dah start cuti hujung tahun, dan lain-lain. See, no extraordinary things at all :S




Post kali ni, aku just nak merepek-repek je. Even though aku tau, almost every post, or you can say that all my post are just a bunch of nonsense babbling here and there. But still, that suits my style of writing perfectly. At least I can describe my feelings comfortably while babbling. Sorry, I just love the word 'babbles'. And yesterday, I've watched Scott Pilgrim VS The World movie for the 24th time. I don't know why, but I just love the movie so much, more than I love Iron Man movie, more than Power Rangers which I watched it on TV ever since I was still a boy with runny nose and picking my mom's flowers for lunch. I just love the characters, especially Ramona V. Flowers. Well, that might give out a clue why did I love to pick my mom's flowers for no reason. Ramona Victoria Flowers. In the movie, her age was not stated, so the audience would be wondering, how old is she. Is she 23, same as Scott? Or 34? Or even 59, which is impossible by the way. 






 OK, this is Ramona V. Flowers, cast by Mary Elizabeth Winstead
from Scott Pilgrim VS The World movie.



Alright, lets get through with it now. Her name, as I mentioned above, was Ramona Flowers. In comics, her name was Ramona V. Flowers, short for Ramona Victoria Flowers. She is 24, same as Scott Pilgrim when she tells him her age. Her birthday was on 1st of January, which is in new year eve, while Scott was somewhere later than that. So basically, she's a few months older than Scott. Her character, from what I can come out with, was practically a cool girl, talk when talked to, and pretty much matured. More matured than Scott, I would say. And she change the color of her hair like every one and a half week, which I can't help myself from loving it.



Ramona Flowers, as in comics by Bryan Lee O'Malley



I have no idea what am I talking about actually. Its just my subconscious mind keeps pushing my fingers to type all these things, including this. So, forgive me for my stupidity, and utter idiocy. 

November 9, 2010

MaLaM Ke Siang? Nampak Tak?

2 ulasan
Baik, hari ni, aku nak menyembang sikit pasal benda yang aku nampak sekarang ni makin menular, makin berkembang pesat, macam gerai-gerai pasar malam kat tempat aku ni bila tibanya petang hari Ahad. Benda apa? Try check balik title kat atas. Nampak tak? Aku yakin, korang perasan. Tak perasan lagi. Takpe, aku bagitau jugak.

MaLaM

MLM

Multi Level Marketing


"Ahhhh..." kata korang. "Dah pernah nampak.. Err, actually da banyak kali nampak orang crita pasal benda ni.." Pastu mungkin ada antara korang yang baca post ni yang memang mat-mat atau minah-minah yang menjalankan sistem perniagaan macam ni, tentu tertarik nak tau apa yang aku nak cerita, atau nak merapu pasal subjek ni. Mungkin jugak ada yang nak ajak aku buat benda ni sekali. Takpe, teruskan dengan buah fikiran korang, aku nak membebel dulu. Banyak jari-jemari aku nak cite pasal benda ni. 

First thing first, aku nak buat disclaimer, for the sake of my peace of mind :

[1] Ini buah fikiran aku. Korang nak kata aku berfikiran sempit, silakan. But I'm sticking with my own thoughts, and you should know that.

[2] Pada siapa-siapa yang nak bersetuju dengan pendapat aku, silakan. Pada yang tak nak bersetuju, pun silakan. Hak masing-masing nak cipta fikiran korang sendiri sebagaimana yang korang suka.

[3] Tolong jangan nak flame kat FB ke, Twitter ke, Forum ke, terutamanya /k/'s yang baca post ni, dan mana-mana laman sosial yang ada pasal aku. Nak flame, flame kat sini jugak. You butthurt, just spit it out here. Don't go and tell everyone about how D or S I am like the world gonna end in two sucky-ass minutes later.


Now, straight to the point. MLM, apa yang aku faham.
[1] Kau duduk bawah orang kalau kau baru jumpa benda ni. Kalau kau yang entrepreneur-nya, kau lah orang paling atas, dan yang berkemungkinan paling kaya kaw-kaw kalau program ni berjaya.

[2] Yang duduk bawah, teruskan usaha untuk jadikan diri anda yang di atas, secara langsung atau tak langsung. Secara tersembunyi atau terang-terangan. Secara baik atau bangsat, itu hang punya suka. Sorry-sorry, I'm just joking. Mesti la ikut protokol. Ikut peraturan, ikut panduan yang dah ada.

[3] Sistem ni berterusan, dan potensinya kita boleh nampak bila sume orang buat benda ni, dan manusia terus melahirkan anak, samada anak halal atau sebaliknya, dan mereka terus join binatang ni, seterusnya dan seterusnya. Dan yang atas sekali mungkin sekali dah jadi bukan setakat millionaire, but multimillionaire. Seterusnya anak-anaknya pulak yang teruskan buat, menyambung legasi maju ancestor masing-masing.

Sekarang, untuk apa yang aku dapat nilai sendiri dari sistem ni.

[1] Kebanyakan perniagaan macam ni, bukan aku nak kata tak boleh jadi, penipu, atau sebagainya. Saya tak suka stereotypes. Dan hakikatnya, takde benda yang stereotypes dalam dunia ni melainkan dia single being, atau 1000000000000000% exact clone of another. Jadi, MLM pun bukan satu benda yang stereotype. Masyarakat yang terus amik apa orang lain kata, akan stereotype-kan sesuatu benda, contohnya MLM. Yang menyokong, akan kata sume MLM bagus, dan yang menolak, akan kata sume MLM penipu. Hakikatnya tak. MLM boleh bagi duit jugak kat korang. Cuma keberkesanannya yang berbeza antara satu sama lain.

[2] Contoh MLM yang bangsat, akan promote pada korang mengenai income yang juta-juta, ribat-ribat dalam masa satu hari. Atau kesenangan nak buat keje ni, tak yah gerak sana sini, just online, men FB, men farmville sampai mampus, dan promote sampai lebam. One thing for sure, MLM = Cari Unders. Unders ni apa? Maknanya orang yang akan duduk bawah kau. Ko hanya perlu convince orang, tarik orang, dan pastikan dia duduk bawah kau untuk beri kau income, samada elaun dari syarikat yang korang join, which is by the way setau aku halal, atau ko telan duit deposit orang bawah kau, which is very very very likely to be a DW FF DNS type of income. Sekarang, dah tau mana datangnya income korang? Dengan cari unders.

[3] Tapi mereka tak panggil unders. Aku saja bagi label tu, sebab nampak sesuai bagi aku. Itu je. Jangan korang ikut atau claim aku ni apa-apa pulak, hina korang ke apa. Tak. Panggilan unders ni aku je boleh guna. Korang nak guna, guna la. Tapi jangan fitnah aku bukan-bukan. Diorang panggil distributor. Kenapa distributor? Sebab MLM yang bertauliah, dia akan promote barang yang dia jual dulu, bukannya peluang buat duit yang ada. Yang bangsat, dia akan promote peluang buat duit dulu, bukannya barang yang dia jual. So basically, korang jadi ejen penjual sebenarnya. Tapi secara tak langsung. Persamaannya ada sikit dengan direct sellers, yang jumpa korang dan promote itu ini. Sebab nak cari unders, kene jumpa orang, ajak orang, crita tentang kebaikan program yang korang buat.

[4] Makin jelas tak pada korang-korang yang baru nak tau MLM ni apa? Aku tak burukkan MLM, kn? Aku hanya terangkan apa yang aku nampak. So, pro-pro MLM kat luar sana, kalau aku ada salah, mintak tolong bagitau dan betulkan ye. Jangan flame membabi-buta. Saya dah cakap, saya tak burukkan mana-mana MLM secara specifically-nya. Jadi, pada siapa-siapa yang ada sosial skills yang tinggi, peluang korang nak berjaya dalam bidang ni sangat jelas dan terang. Tapi tak bermakna yang lemah akan gagal pulak. Macam meeting MLM yang aku pernah pergi, even sekali, diorang dah bagitau awal-awal yang diorang akan bagi guide, bagi petunjuk pada siapa-siapa yang lemah bab-bab bersosial, bab talking and convincing someone to follow you.

[5] Tapi. Haa, ada tapi. Aku nak crita benda-benda yang aku nampak still lemah pada MLM ni. Betulkan saya jugak kalau saya ada salah. MLM ni, bukanlah satu kerja yang perlu dilakukan semua orang, I mean sebagai your main job. Mungkin brader-brader atau sis-sis besar kat luar sana yang dah pakai Merc atau BMW disebabkan MLM ni akan kata aku bodoh. Berfikiran sempit, dan sebagainya. Sebab apa aku cakap camtu? First, cuba tengok balik apa yang korang buat dengan MLM. Anda perlu cari orang, dan promote orang lain untuk guna atau follow apa yang anda buat, dan barangan yang anda promote. Bayangkan kalau semua nak amik peluang yang ada, buat MLM, sibuk cari orang, cari kekayaan, sebagai kerja utama. Sifat manusia yang paling susah nak buang, walaupun orang tu cakap macam-mana sekalipun, tetap takkan mampu dibuang. Sifat malas. Malas apa? Malas bila dah senang. Jangan cakap kat saya, bila anda dah ada duit banyak, anda akan still kerja kaw-kaw, untuk sara anak bini. Sebab anda bukan lagi sara anak bini, tapi menggemukkan dan menghias anak bini. Benda-benda yang perlu dah cukup, tiba masa untuk kejar yang diinginkan pulak. Kalau sume orang jadi macam ni, pendapatan negara akan bertambah, sebab taraf ekonomi penduduk jadi makin tinggi. Tapi, siapa yang nak majukan negara? Siapa yang nak buat kerja-kerja susah macam pencuci tandas, petani, pesawah, peladang, penoreh getah, dan sebagainya kalau sume dah kaya. Jadi, aku tak nak crita panjang-panjang sebab tenet aku problem, korang nilaikan sendiri apa yang aku cakap. Jangan jadikan MLM mata pencarian utama. Instead, jadikan punca duit secondary, atau sampingan. 


[6] Dalam meeting MLM, bagi first timer yang datang, mungkin akan ada crita pasal bagaimana hidup kita ni dah tersekat dalam satu sistem yang fixed, yang dicipta oleh manusia itu sendiri secara tak sedar. Sistem apa pulak la ni kan? Sistem Perjalanan Hidup Tak Berubah. Apa ni? Ok, perjalanan hidup yang tetap. Aku yakin, hampir semua orang dalam dunia ni, nakkan hidup yang berjaya. Mewah, senang, tak dibelenggu hutang piutang bertimbun bak sampah sarap kat blakang flat aku. Dan sekaligus, masing-masing akan buat lifepath lebih kurang camni :


Lahir -> Sekolah -> Belajar Pandai-pandai -> Masuk U -> Kerja Bagus-bagus (Jurutera, Doktor, DLL) -> Kahwin -> Habiskan Sisa Hidup Bahagia Dengan Cucu Dan Anak-anak -> Gol


Yang akan jadi objektif kita, ialah step 5, iaitu kerja bagus-bagus. Itu tujuan kita belajar tinggi-tinggi. Tapi, cuba kita renungkan dalam-dalam. Aku pernah dengar kat satu video MLM, yang kita ni hidup dalam belenggu rantai kehidupan yang sama-sama. Kena berubah. Kena luar biasa. Apa yang luar biasa? Cuba cerita kat aku. Kalau setakat kita ubah path kita jadi :


Lahir -> Sekolah -> Belajar Ala Kadar, Lebihkan Sosial Skills -> Masuk MLM, Jayakan Program Anda -> Kahwin -> Habiskan Sisa Hidup Bahagia Dengan Cucu Dan Anak-anak -> Gol


Rasanya tak perlulah nak dipukul-pukul canang yang berdebu. Makin teruk orang yang ada masalah pernafasan kalau dia dekat. Nampak tak, path yang lebih kurang sama macam yang asal. Cuma ubah kerja dan keperluan untuk belajar tinggi-tinggi. Pernah dengar tak, orang yang berjaya buat MLM crita macam-macam, kata belajar tinggi-tinggi, jadi jurutera, gaji MLM lagi tinggi dari gaji jurutera. Sebab yang sebenarnya, kita tak nampak apa objektif sistem ni yang sebenarnya. Sistem ni, objektif semasa dia, untuk bagi kita berjaya dalam hidup, mewah, hidup senang. Dua-dua sistem yang ada ni, bawa objektif yang sama. Jadi, macam mana nak jadi luar biasa? Ubah objektif sistem ni, jadikan kemajuan negara dan masyarakat sebagai objektif. Barulah lain dengan sistem-sistem sebelum ni. Jadi, apa yang aku nak stresskan kat sini, MLM dengan kerja2 lain tu sama je. Takde beza pun. Dua2 dengan tujuan yg sama, nak dapat kesenangan hidup, dan untuk jadi jutawan.
Takde istilah "Weyh, aku keje jutawan." BS




Cukup la dulu sampai kat sini. Klau ikutkan nak panjang lagi. Tapi idea asik datang, pastu tiba-tiba ilang. Tambah lak dah petang. Bak kata orang, waktu-waktu kepala masuk air petang-petang ni. Take care.




Btw, I missd you so much, my lovely, sweet Nur Liyana Inani Binti Zainal <3 <3 <3

November 5, 2010

Going Back Home

0 ulasan
Akhirnya, akan kembali jugak aku ke Puchong. Tempat tinggal, berkumpulnya kawan-kawan sepermainan aku dari kecik, yang dari umur 5 tahun, sampai la yang baru kenal 2-3 tahun lepas. Kepada yang follow blog nih, sorry sangat2, sebab tak dapat update frequently macam dulu. I was so damn busy these 1 whole week, with my digital logic lab design project. But then , all the effort was worthless. Why? Because we forgot about Deepavali. And we supposed to give a presentation to our lab instructor in the same week. Man, how sucks it was. 



Bayangkan, orang lain, abes final exam, trus berambus balik rumah, enjoy kat rumah, gi mancing, gi kacau orang, tengok wayang, jahanamkan lane bowling Alamanda, koyakkan wallet depan arcade. Tapi aku, still di rumah sewa tercinta, bangun tidur, trus mengadap notes dan simulator digital logic. Canteeeeekkkk -,-"



Tapi minggu ni tak laa seteruk yang aku sangka. Sebab buah hati aku pun balik lambat, so kitorang dapat la hang out kejap... err... ok, hang out lama2. Takde maknanya bila da jumpa, nak lepak kejap2. Memasing rindu tak tentu arah. Haha :D Apapun, we're both happy, and I'm going to try hard, and all out to keep it that way, if Allah willing, until the end of my breath. I don't want to lose the one that loves me honestly, without any hidden reasons, and with all her heart and might to love me, to make me happy, and to make me feel precious to her. And I don't want her to be all alone again, just like myself when I found her before. I'll try, sayang. I'm trying to be a better person, for you, Nur Liyana Inani Binti Zainal Bin Janis, and for my family, my friends, and my future life, and hereafter, specifically. I can't do it alone. I can't get pass through all the obstacles that I'm going to face from now on by myself. I need you, dear. I need you, to be besides me, encouraging me, giving me support, a shoulder to cry on when I'm extremely down, and a smile to see when I'm being on the top, with you, always besides me, no matter how bad or how sweet its gonna be. Because I love you. And only you. No one else. I don't want anyone else after you. Because I'm going to make it so that there is no "after you" in our relationship.



 Kat Alamanda <3 <3 :) :)



 Jadi, apa kesudahan projek digital logic? Entah :D 

Bismillahi-Tawakkaltu-'Alallah-Laa-Haula-Walaa-Quwwata-Illabilla-Hil'ali-'Il-Azim

Apa aktiviti yang akan aku buat kat rumah sempena cuti sebulan ni?
[x] bantu adik aku, Nur Fazlin Zainal Abidin dalam menghadapi SPM tahun ini.
[x] tolong adik aku yang kat atas tadi ni untuk apply UPU, Matriks, Bla bla bla.
[x] bantu dua lagi adik-adik aku yang kecil kat bawah aku, Muhammad Izzat dan Muhammad Izuwan dalam pelajaran diorang, especially English.
[x] try cari sumber untuk bantu kewangan dan pengisian poket aku cuti ni.
[x] men game? hurm. kurang kot. banyak benda len buat.
[x] mesej, mesej, mesej, call, call, call, my sweet lovely buah hati, Nur Liyana Inani Binti Zainal.
[x] buat apa-apa yang patu
[x] constant part time : anta Izuwan pegi sekolah hari-hari.
[x] standard big brother job at home : given by my Mom and Dad.
[x] what else? I think that's all. There might be something else, but nevermind, all that will come by itself when it is time.


Ada lagi apa-apa yang patut aku taburkan kat post kali ni? Hurm.

[][][] nama ayah dia dan ayah saya lebih kurang sama, Zainal :)
[][][] nama adik beradik dia lebih kurang macam adik beradik saya, Izzat :)
[][][] Saya Rindu Awak, Buchuk :D <3







/*are you tired of reading all these lovey dovey stuff? I don't care much XD*/




 

November 1, 2010

Nothing Spectacular

0 ulasan
I can't sleep.
I tried, but I can't.
I just can't.
And I wonder, why everyone always see something that they had as not enough.
Not enough.
We need more.
Have you heard the phrase, "less is sometimes more"
and "more can be less"
"enough will be fine"



Sorry, maybe it looks like I made it all up, but trust me, those can be true in real life situation.
If those are not enough, have you ever wonder why people tend to be grateful for whatever they got, while the others just took it for granted?
Human will never felt satisfied for whatever they have.
Now, can you see where did greed come from?
Yes, ungratefulness. They never satisfied, they always want more. 
More is more.
But the truth, enough is usually more.



Can I tell you a secret?
Yes? Great.
What, you can't hear? Let me repeat it.
...
What's your opinion?
Shouldn't happened? Yeah, I thought the same too.



Time.
Does it wait for us? NO!
Instead we always chase it. Or just let it through like no one's business.
Does it care about us? NO!
And sometimes we don't care about it either
Does it know who we are? How big is your place in the company? NO!
So be considerate. Time can give you life. Live can give you time. They need each other.



Love.
Does it wait for us? NO!
Instead we're the one who usually waits for it.
Does it care about us? NO!
But the one that give love to others, can feel the warmth of care and support.
Does it know who we are? How big is your place in the company? NO & YES!
Love tend to be blind. But sometimes love can see something that usually we can't see, honesty of a human being.



Being honest is important.
Honest can leave us with a lot of second chances.
By which, we don't call it second chance.
Do you know? Nor do I.



Why do you keep reading?
Because human can't be separated with curiosity.
Be careful.
Curiosity kills the cat.





Oh, we're not even a cat :D

Hai Pakcik Selsema

0 ulasan
Alhamdulillah, habis sudah final exam yang berlangsung selama 4 hari dalam seminggu. Waktu yang dijarak-jarakkan antara subjek-subjek keras dan liat dengan yang lemah lembut dan sopan santun menjadi penyelamat kepada diri sendiri dan yang lain-lain. Lepas ni, boleh la rehat-rehatkan badan, otak, dan sebagainya, walhal masa study week pun sebok berehat-rehat jugak, tak kira tengah exam ataupun tidak. Badan manusia perlukan rehat apa, ye dak? 




Mengenai paper yang terakhir, subjek Signals and System, alhamdulillah jugak, aku bersyukur pada Allah s.w.t, sebab beri aku petunjuk dan hati yang terang masa menghadap kertas soalan tu pagi tadi. Walaupun dalam keadaan tak berapa sihat sebab selsema, tambahan pulak dalam dewan tu sejuk nak mampus, macam nak bagi air dalam gelas bertukar jadi ais, secara tak langsung membuatkan aku tak berhenti-henti bersin dan rasa nak demam, aku masih dapat jawab dengan cemerlang. Itu yang aku rasa la. Betul atau salah, wallahualam. Tapi boleh kata aku keluar awal jugak tadi. Salah satu sebab utama, aku taknak ganggu yang lain-lain jawab exam tu. Mana taknya, depan aku roommate, blakang pon roommate gak, tepi budak cina dengan melayu, aku rasa mereka ni dah naik bengang dengan aku, pasal asek bersin tak berhenti-henti. Tu belum lagi isu meleleh-leleh kat hidung ni. Tak menang tangan aku, dengan nak tulis jawapan, nak tekan kalkulator, nak tahan bersin, tahan lelehan-lelehan berahi kat hidung. Haish, dugaan-dugaan.




Tapi itu semua dah lepas. Sekarang yang tinggal, hanya cuti sebulan dan duit sewa rumah, bil api, bil air, bil internet dan bermacam-macam benda lain yang perlu dilangsai dan diselesaikan secepat mungkin. Ada pulak lagi projek Digital Logic Lab yang tak selesai ni, tak memasal aku kena stay kat sini lagi 2 atau 3 hari. Paling lama pun seminggu. Sebab nak siapkan. Karang instructor aku bagi status PHAIL kat subjek tuh, dah nak kena repeat pulak. Leceh-leceh. Tapi takpe la. Aku nak stay kat sini seminggu terus pun takpe, pasal buah hati aku pun balik ari jumaat, dengan abang dia. So, boleh jumpa banyak-banyak-banyak-manyak-banyak kali dulu :D Rindu la katakan. Hihi.




Bermacam-macam benda aku dah prepare dalam untuk laptop aku ni, untuk isi masa lapang aku kat rumah nanti. Konon tak nak bagi bosan atau mengong sebab duk diam je. Tapi sume tu macam dah tak penting gak sekarang, sebab dah ada dia yang akan menemani aku :) 




Korang yang tergerak hati nak baca blog aku ni mesti boring gila kan? Aku asek crita pasal awek. Alah, biar la. Dulu time aku takde awek, aku diam je. Sekarang baru nak start balik. Sebab kitorang entah macam-mana, boleh satu kepala. Masing-masing nak kurangkan ber-Facebook, sebab nak tumpukan pada pasangan masing-masing. Ah kau am, ayat post kali ni nak baku habis tahap ayam berak karbaid je.






"Eh, aku punya suka la nak buat ayat camne pun, yang tulisnya aku.
Dah, tepi-tepi, jangan nak sebok-sebok tekan backspace ke apa. Aku taknak
edit pun apa aku dah tulis. Banyak tuh. Nak tulis balik, sempat lelehan kat hidung
aku terkumpul sampai satu mangkuk." :D






EWWWWWWWWWW!!!!!11