November 1, 2010

Hai Pakcik Selsema

Alhamdulillah, habis sudah final exam yang berlangsung selama 4 hari dalam seminggu. Waktu yang dijarak-jarakkan antara subjek-subjek keras dan liat dengan yang lemah lembut dan sopan santun menjadi penyelamat kepada diri sendiri dan yang lain-lain. Lepas ni, boleh la rehat-rehatkan badan, otak, dan sebagainya, walhal masa study week pun sebok berehat-rehat jugak, tak kira tengah exam ataupun tidak. Badan manusia perlukan rehat apa, ye dak? 




Mengenai paper yang terakhir, subjek Signals and System, alhamdulillah jugak, aku bersyukur pada Allah s.w.t, sebab beri aku petunjuk dan hati yang terang masa menghadap kertas soalan tu pagi tadi. Walaupun dalam keadaan tak berapa sihat sebab selsema, tambahan pulak dalam dewan tu sejuk nak mampus, macam nak bagi air dalam gelas bertukar jadi ais, secara tak langsung membuatkan aku tak berhenti-henti bersin dan rasa nak demam, aku masih dapat jawab dengan cemerlang. Itu yang aku rasa la. Betul atau salah, wallahualam. Tapi boleh kata aku keluar awal jugak tadi. Salah satu sebab utama, aku taknak ganggu yang lain-lain jawab exam tu. Mana taknya, depan aku roommate, blakang pon roommate gak, tepi budak cina dengan melayu, aku rasa mereka ni dah naik bengang dengan aku, pasal asek bersin tak berhenti-henti. Tu belum lagi isu meleleh-leleh kat hidung ni. Tak menang tangan aku, dengan nak tulis jawapan, nak tekan kalkulator, nak tahan bersin, tahan lelehan-lelehan berahi kat hidung. Haish, dugaan-dugaan.




Tapi itu semua dah lepas. Sekarang yang tinggal, hanya cuti sebulan dan duit sewa rumah, bil api, bil air, bil internet dan bermacam-macam benda lain yang perlu dilangsai dan diselesaikan secepat mungkin. Ada pulak lagi projek Digital Logic Lab yang tak selesai ni, tak memasal aku kena stay kat sini lagi 2 atau 3 hari. Paling lama pun seminggu. Sebab nak siapkan. Karang instructor aku bagi status PHAIL kat subjek tuh, dah nak kena repeat pulak. Leceh-leceh. Tapi takpe la. Aku nak stay kat sini seminggu terus pun takpe, pasal buah hati aku pun balik ari jumaat, dengan abang dia. So, boleh jumpa banyak-banyak-banyak-manyak-banyak kali dulu :D Rindu la katakan. Hihi.




Bermacam-macam benda aku dah prepare dalam untuk laptop aku ni, untuk isi masa lapang aku kat rumah nanti. Konon tak nak bagi bosan atau mengong sebab duk diam je. Tapi sume tu macam dah tak penting gak sekarang, sebab dah ada dia yang akan menemani aku :) 




Korang yang tergerak hati nak baca blog aku ni mesti boring gila kan? Aku asek crita pasal awek. Alah, biar la. Dulu time aku takde awek, aku diam je. Sekarang baru nak start balik. Sebab kitorang entah macam-mana, boleh satu kepala. Masing-masing nak kurangkan ber-Facebook, sebab nak tumpukan pada pasangan masing-masing. Ah kau am, ayat post kali ni nak baku habis tahap ayam berak karbaid je.






"Eh, aku punya suka la nak buat ayat camne pun, yang tulisnya aku.
Dah, tepi-tepi, jangan nak sebok-sebok tekan backspace ke apa. Aku taknak
edit pun apa aku dah tulis. Banyak tuh. Nak tulis balik, sempat lelehan kat hidung
aku terkumpul sampai satu mangkuk." :D






EWWWWWWWWWW!!!!!11
 

No comments: