Baik, hari ni, aku nak menyembang sikit pasal benda yang aku nampak sekarang ni makin menular, makin berkembang pesat, macam gerai-gerai pasar malam kat tempat aku ni bila tibanya petang hari Ahad. Benda apa? Try check balik title kat atas. Nampak tak? Aku yakin, korang perasan. Tak perasan lagi. Takpe, aku bagitau jugak.
MaLaM
MLM
Multi Level Marketing
"Ahhhh..." kata korang. "Dah pernah nampak.. Err, actually da banyak kali nampak orang crita pasal benda ni.." Pastu mungkin ada antara korang yang baca post ni yang memang mat-mat atau minah-minah yang menjalankan sistem perniagaan macam ni, tentu tertarik nak tau apa yang aku nak cerita, atau nak merapu pasal subjek ni. Mungkin jugak ada yang nak ajak aku buat benda ni sekali. Takpe, teruskan dengan buah fikiran korang, aku nak membebel dulu. Banyak jari-jemari aku nak cite pasal benda ni.
First thing first, aku nak buat disclaimer, for the sake of my peace of mind :
[1] Ini buah fikiran aku. Korang nak kata aku berfikiran sempit, silakan. But I'm sticking with my own thoughts, and you should know that.
[2] Pada siapa-siapa yang nak bersetuju dengan pendapat aku, silakan. Pada yang tak nak bersetuju, pun silakan. Hak masing-masing nak cipta fikiran korang sendiri sebagaimana yang korang suka.
[3] Tolong jangan nak flame kat FB ke, Twitter ke, Forum ke, terutamanya /k/'s yang baca post ni, dan mana-mana laman sosial yang ada pasal aku. Nak flame, flame kat sini jugak. You butthurt, just spit it out here. Don't go and tell everyone about how D or S I am like the world gonna end in two sucky-ass minutes later.
Now, straight to the point. MLM, apa yang aku faham.
[1] Kau duduk bawah orang kalau kau baru jumpa benda ni. Kalau kau yang entrepreneur-nya, kau lah orang paling atas, dan yang berkemungkinan paling kaya kaw-kaw kalau program ni berjaya.
[2] Yang duduk bawah, teruskan usaha untuk jadikan diri anda yang di atas, secara langsung atau tak langsung. Secara tersembunyi atau terang-terangan. Secara baik atau bangsat, itu hang punya suka. Sorry-sorry, I'm just joking. Mesti la ikut protokol. Ikut peraturan, ikut panduan yang dah ada.
[3] Sistem ni berterusan, dan potensinya kita boleh nampak bila sume orang buat benda ni, dan manusia terus melahirkan anak, samada anak halal atau sebaliknya, dan mereka terus join binatang ni, seterusnya dan seterusnya. Dan yang atas sekali mungkin sekali dah jadi bukan setakat millionaire, but multimillionaire. Seterusnya anak-anaknya pulak yang teruskan buat, menyambung legasi maju ancestor masing-masing.
Sekarang, untuk apa yang aku dapat nilai sendiri dari sistem ni.
[1] Kebanyakan perniagaan macam ni, bukan aku nak kata tak boleh jadi, penipu, atau sebagainya. Saya tak suka stereotypes. Dan hakikatnya, takde benda yang stereotypes dalam dunia ni melainkan dia single being, atau 1000000000000000% exact clone of another. Jadi, MLM pun bukan satu benda yang stereotype. Masyarakat yang terus amik apa orang lain kata, akan stereotype-kan sesuatu benda, contohnya MLM. Yang menyokong, akan kata sume MLM bagus, dan yang menolak, akan kata sume MLM penipu. Hakikatnya tak. MLM boleh bagi duit jugak kat korang. Cuma keberkesanannya yang berbeza antara satu sama lain.
[2] Contoh MLM yang bangsat, akan promote pada korang mengenai income yang juta-juta, ribat-ribat dalam masa satu hari. Atau kesenangan nak buat keje ni, tak yah gerak sana sini, just online, men FB, men farmville sampai mampus, dan promote sampai lebam. One thing for sure, MLM = Cari Unders. Unders ni apa? Maknanya orang yang akan duduk bawah kau. Ko hanya perlu convince orang, tarik orang, dan pastikan dia duduk bawah kau untuk beri kau income, samada elaun dari syarikat yang korang join, which is by the way setau aku halal, atau ko telan duit deposit orang bawah kau, which is very very very likely to be a DW FF DNS type of income. Sekarang, dah tau mana datangnya income korang? Dengan cari unders.
[3] Tapi mereka tak panggil unders. Aku saja bagi label tu, sebab nampak sesuai bagi aku. Itu je. Jangan korang ikut atau claim aku ni apa-apa pulak, hina korang ke apa. Tak. Panggilan unders ni aku je boleh guna. Korang nak guna, guna la. Tapi jangan fitnah aku bukan-bukan. Diorang panggil distributor. Kenapa distributor? Sebab MLM yang bertauliah, dia akan promote barang yang dia jual dulu, bukannya peluang buat duit yang ada. Yang bangsat, dia akan promote peluang buat duit dulu, bukannya barang yang dia jual. So basically, korang jadi ejen penjual sebenarnya. Tapi secara tak langsung. Persamaannya ada sikit dengan direct sellers, yang jumpa korang dan promote itu ini. Sebab nak cari unders, kene jumpa orang, ajak orang, crita tentang kebaikan program yang korang buat.
[4] Makin jelas tak pada korang-korang yang baru nak tau MLM ni apa? Aku tak burukkan MLM, kn? Aku hanya terangkan apa yang aku nampak. So, pro-pro MLM kat luar sana, kalau aku ada salah, mintak tolong bagitau dan betulkan ye. Jangan flame membabi-buta. Saya dah cakap, saya tak burukkan mana-mana MLM secara specifically-nya. Jadi, pada siapa-siapa yang ada sosial skills yang tinggi, peluang korang nak berjaya dalam bidang ni sangat jelas dan terang. Tapi tak bermakna yang lemah akan gagal pulak. Macam meeting MLM yang aku pernah pergi, even sekali, diorang dah bagitau awal-awal yang diorang akan bagi guide, bagi petunjuk pada siapa-siapa yang lemah bab-bab bersosial, bab talking and convincing someone to follow you.
[5] Tapi. Haa, ada tapi. Aku nak crita benda-benda yang aku nampak still lemah pada MLM ni. Betulkan saya jugak kalau saya ada salah. MLM ni, bukanlah satu kerja yang perlu dilakukan semua orang, I mean sebagai your main job. Mungkin brader-brader atau sis-sis besar kat luar sana yang dah pakai Merc atau BMW disebabkan MLM ni akan kata aku bodoh. Berfikiran sempit, dan sebagainya. Sebab apa aku cakap camtu? First, cuba tengok balik apa yang korang buat dengan MLM. Anda perlu cari orang, dan promote orang lain untuk guna atau follow apa yang anda buat, dan barangan yang anda promote. Bayangkan kalau semua nak amik peluang yang ada, buat MLM, sibuk cari orang, cari kekayaan, sebagai kerja utama. Sifat manusia yang paling susah nak buang, walaupun orang tu cakap macam-mana sekalipun, tetap takkan mampu dibuang. Sifat malas. Malas apa? Malas bila dah senang. Jangan cakap kat saya, bila anda dah ada duit banyak, anda akan still kerja kaw-kaw, untuk sara anak bini. Sebab anda bukan lagi sara anak bini, tapi menggemukkan dan menghias anak bini. Benda-benda yang perlu dah cukup, tiba masa untuk kejar yang diinginkan pulak. Kalau sume orang jadi macam ni, pendapatan negara akan bertambah, sebab taraf ekonomi penduduk jadi makin tinggi. Tapi, siapa yang nak majukan negara? Siapa yang nak buat kerja-kerja susah macam pencuci tandas, petani, pesawah, peladang, penoreh getah, dan sebagainya kalau sume dah kaya. Jadi, aku tak nak crita panjang-panjang sebab tenet aku problem, korang nilaikan sendiri apa yang aku cakap. Jangan jadikan MLM mata pencarian utama. Instead, jadikan punca duit secondary, atau sampingan.
[6] Dalam meeting MLM, bagi first timer yang datang, mungkin akan ada crita pasal bagaimana hidup kita ni dah tersekat dalam satu sistem yang fixed, yang dicipta oleh manusia itu sendiri secara tak sedar. Sistem apa pulak la ni kan? Sistem Perjalanan Hidup Tak Berubah. Apa ni? Ok, perjalanan hidup yang tetap. Aku yakin, hampir semua orang dalam dunia ni, nakkan hidup yang berjaya. Mewah, senang, tak dibelenggu hutang piutang bertimbun bak sampah sarap kat blakang flat aku. Dan sekaligus, masing-masing akan buat lifepath lebih kurang camni :
Lahir -> Sekolah -> Belajar Pandai-pandai -> Masuk U -> Kerja Bagus-bagus (Jurutera, Doktor, DLL) -> Kahwin -> Habiskan Sisa Hidup Bahagia Dengan Cucu Dan Anak-anak -> Gol
Yang akan jadi objektif kita, ialah step 5, iaitu kerja bagus-bagus. Itu tujuan kita belajar tinggi-tinggi. Tapi, cuba kita renungkan dalam-dalam. Aku pernah dengar kat satu video MLM, yang kita ni hidup dalam belenggu rantai kehidupan yang sama-sama. Kena berubah. Kena luar biasa. Apa yang luar biasa? Cuba cerita kat aku. Kalau setakat kita ubah path kita jadi :
Lahir -> Sekolah -> Belajar Ala Kadar, Lebihkan Sosial Skills -> Masuk MLM, Jayakan Program Anda -> Kahwin -> Habiskan Sisa Hidup Bahagia Dengan Cucu Dan Anak-anak -> Gol
Rasanya tak perlulah nak dipukul-pukul canang yang berdebu. Makin teruk orang yang ada masalah pernafasan kalau dia dekat. Nampak tak, path yang lebih kurang sama macam yang asal. Cuma ubah kerja dan keperluan untuk belajar tinggi-tinggi. Pernah dengar tak, orang yang berjaya buat MLM crita macam-macam, kata belajar tinggi-tinggi, jadi jurutera, gaji MLM lagi tinggi dari gaji jurutera. Sebab yang sebenarnya, kita tak nampak apa objektif sistem ni yang sebenarnya. Sistem ni, objektif semasa dia, untuk bagi kita berjaya dalam hidup, mewah, hidup senang. Dua-dua sistem yang ada ni, bawa objektif yang sama. Jadi, macam mana nak jadi luar biasa? Ubah objektif sistem ni, jadikan kemajuan negara dan masyarakat sebagai objektif. Barulah lain dengan sistem-sistem sebelum ni. Jadi, apa yang aku nak stresskan kat sini, MLM dengan kerja2 lain tu sama je. Takde beza pun. Dua2 dengan tujuan yg sama, nak dapat kesenangan hidup, dan untuk jadi jutawan.
Takde istilah "Weyh, aku keje jutawan." BS
Cukup la dulu sampai kat sini. Klau ikutkan nak panjang lagi. Tapi idea asik datang, pastu tiba-tiba ilang. Tambah lak dah petang. Bak kata orang, waktu-waktu kepala masuk air petang-petang ni. Take care.
Btw, I missd you so much, my lovely, sweet Nur Liyana Inani Binti Zainal <3 <3 <3
2 comments:
woi artikel dh terbaek bawah love3 hahahahahahaah.
xpe am ulasan yg best and moga kau bahagia. :)
housemate mu
ahahahahahaha...
nak buat cmne..
lovebirds..
what else can you espect other than lovey dovey stuff.. XD
thanks bro.. msih mnunggu update baru ko ni..
:)
Post a Comment