November 13, 2010

Am I Normal?

Alhamdulillah, kembali kita ke ruangan blogger merapu yang tahap penyakitnya sudah masuk pada fasa 5, iaitu penyakit merapu kronik. Simptom-simptom yang ada termasuk merapu yang melampaui batasan norma-norma kehidupan manusia, serta pelbagai rapuan-rapuan merepek yang berpotensi untuk menyakitkan hati orang lain. Maaf dan ampun dipohon dan diternak awal-awal, mana la tau, kot-kot tak sempat nak minta maaf lain kali.


Baiklah, sekarang cuba tengok heading kat atas. Ada macam opening untuk blog Kutuk Balik tak? ada kan? kan kan? Tapi jauh lagi merepek, sebab blog Rave_!X yang punya kerja, jadi campuran daripada DNA Kutuk Balik dan Rave_!X mampu membuahkan hasil yang mampu membuat para pembaca tercengang-cengang kecelaruan tak tentu hala kerana hilang arah tuju serta objektif bahan bacaan. Baiklah am, cukup.


Aku tak tau kenapa aku boleh tak layan sangat bab sports. Kalau ikutkan dulu masa aku kecik, dari umur 5 tahun aku dah diajak ayah aku tengok bola Piala Malaysia kat TV1. Tapi minat aku masa tu, tak melekat langsung kat bola. Yang melekatnya, Mini 4WD Tamiya yang aku sendiri pasang, tanpa bantuan ayah aku pun untuk baca manual pemasangan dia. Gaya cam hebat la tu kononnya, bakal engineer. Dan aku lagi suka main basikal, bawak jauh-jauh sampai sesat, pastu balik lambat, kena marah dengan mak aku. Pastu aku pegi cari papan, cari gelang getah banyak-banyak, buat senapang ceri. Abes jahanam, patah riuk pokok ceri jiran aku dikerjakan demi segenggam 'peluru' pembunuh untuk dibuat main perang-perang dengan kawan-kawan aku. Tapi banyak-banyak permainan dan aktiviti yang aku buat, sampai sekarang aku tak reti nak main guli dengan chess. Padahal adik aku yang darjah 3 dah reti main chess. Haha. Yang reti main, dam haji. Itu jela. Sekarang, bila dah semakin menuju ketuaan, member-member dan housemate aku lagi gila main DOTA dan layan EPL, Fantasy League dan sebagainya. Aku? Mat download jela label aku. Dan mat cari info pelik-pelik. Sebab tu orang lain duk sibuk pegi 15 layan EPL, match Chelshi.. dengan Man Udan.., balik je terus mengadap Fantasy League, tengok points, aku just stay kat rumah, main sms, tengok drama TV3, makan, main Plants VS Zombies, bukak Oddee.com, blog Kari Ngeri, cari album sampai kalau ikut harganya, mau nak ribu-ribu jugak la total. Haish. Aku ni normal ke?



Tapi yela, kadang-kadang suka gak nyakat housemate aku yang die-hard-fan Man Udan.. bila diorang kecundang or down ke. Konfem muka dari senyum menyengih bak smiley YM, terus jadi macam Malek Noor tertelan kapur barus. Mangai, gila bengis. Mati jugak aku karang dia belasah. So, better tarik balik.



"Sorry Don. XD Memain je tadi tuh, err.. Kita kawan, kan? kan? XDD"



Dan masa duduk cendi dulu, tengok pulak antara Mr. Rex dan Mr. BrownGun dok sibuk-sibuk fight kutuk mengutuk bila team memasing menang or kalah. Yang sorang duk kutuk, sorang lagi diam. Bila result vice versa, keadaannya pun sama jugak jadi terbalik. Yang sorang tu pulak kutuk, duk ketawa berdekah-dekah, sampai tampal notes kat almari la, macam-macam hal. Tapi tula kemanisan duduk ramai-ramai. Yang tukang tengok, duk ketawa je tengok gelagat diorang. Tak pernahnya sunyi rumah tu. Takde nak sedih-sedih, jadi emo sampai sebulan dua. Esok-esok elok la balik. Alah, macam budak-budak bergaduh. Biasa la tu kak, nama pun budak-budak kan. Dan dari diorang jugak la, baru aku tau label-label macam :







dan banyak lagi label-label anti-menganti team bola ni. Err, pada fans out there, aku bukan nak kutuk team-team favorite korang, tapi just nak crita pasal diri aku sendiri je. Camne boleh ada kaitan pulak bab anti-team dengan diri aku? Pasal aku sendiri tak layan EPL, so. Ada sinonimnya la sikit, kan? Seriously, takde niat langsung nak kutuk team korang. I just wanna live :(



Abes la aku pasni kena kejar dengan housemate aku yang tengah pakai baju ni XD
 

4 comments:

Diya Edhayaa said...

plant vs zombie.. terbaek! huhu

chocobi said...

tapi saya suka cheats, infinite sun, no regen time = total awesomeness XD

Zu--LfADh..^li--->>suCEsS said...

woi hang nak kena pukui ka!!!

chocobi said...

aku dah agak dah....
mati aku pasni bila balik merab.. XDD
sory don.. XD