October 8, 2009

Gambar - Gambar

0 ulasan
Saja bagi semak post yang ini. Kat bawah ni ada picta kucing comel. Ada 2 large pizza. Ada macam - macam sudut gambar desktop kat rumah aku. Ada picta diskusi ketika kenduri kahwin anak ketua kampung kat Gabai. Ada picta aku main moto ngan sidecar bersama pak su dan pak cik aku. Ada picta kereta mini 4wd Tamiya idaman aku. Ada. Err.

-tido

===========================================================================













Kotak Puisi Sang Malam

2 ulasan
Exam dah makin dekat. Badan pun alhamdulillah, dah makin sihat. Tiket exam pun dah amik. Timeslot je tak settle - settle lagi, kena bayar 50% dari hutang piutang yang ada ngan uniten baru lepas. Takpe - takpe, kemudiankan itu dulu. Ptptn akan selesaikan semuanya. Harap - harap dapat la full loan, bukan partial. Kalau tak, alamat macam - macam masalah la yang keluar karang. Tolak semua tu ke tepi, masa untuk revision pulak. Tinggal lagi berapa minggu je. Rasanya dalam 2 minggu. Kena start dari sekarang ni.

Dengar puisi rangga ni best pulak. Teringat kat awek lama masa muda - muda dulu. Haha. Pastuh continue pulak dengan lagu acha septriasa ngan irwansyah, oh syahdunya zaman mudaku. ( Malam - malam ni memang da merepek - repek je banyak ). Sekarang dengar pulak lagu spider - suka duka kita, pergh, lagi teringat. Layan karaoke sedap gak memalam buta ni, Tambah pulak aku tengah sorang - sorang kat umah. Melalak sepuas - puasnya la. Hehe.

Ketawa tu boleh jadi macam - macam ubat. Ubat orang putus cinta terutamanya. Ubat sakit migrain pun boleh. Ubat panas baran. Ubat rindu dendam kesuma arwajana sandiwara primadewi. Err. Ubat tidur. Ubat kalau perut kenyang. Ubat tengah bosan. Ha, kan macam - macam ubat tu boleh jadi. Tapi macam biasa la, setiap ubat yang ada, tak akan membawa kebaikan kalau ambik banyak sangat. Jadi, ketawa bila perlu, dan bukan sepanjang masa macam orang gila.

Pagi tadi first time aku datang kelas circuit since minggu lepas. Lama betul aku dah tak datang. Sampai chapter berapa pun aku dah lost. Adoi, tak boleh terus macam ni. Lepas ni kena pergi sume kelas. Tak kira. Malam ni ingat nak study circuit dengan kader, ira and hana sume, skali takde pape pun. Adoi, aku terlepas ke : (

Esok, jumaat, ada kelas ganti untuk kalkulus. Semangat - semangat!

Berikut adalah list lagu yang sedang dan telah didengar semasa menulis laporan ini ;
*spider - rela ku pujuk
*spider - kacap terlabik
*spider - suka duka kita
*spider - sumpah tak buat lagi
*dian sastrowardoyo - puisi rangga
*acha septriasa - sampai menutup mata
*acha septriasa feat irwansyah - menerima kau pergi
*acha septriasa - ada cinta
*jinbara - patri
*kristal - analogi
*kristal - rajuk si hawa
*kristal - suatu kenangan
*kristal - retorik cinta
*exist - hilang dalam ramai
*flybaits - mengapa perpisahan yang kau pinta
*gravity - aduhai malam aduhai sesalan
*nitrus - resah
*nitrus - rasa
*hujan - kotak hati

Ada banyak lagi, tapi rasanya cukup jela banyak tu. Lagipun bukan ada siapa - siapa pun baca tulisan aku ni. ^^,

-nites
( Entah kenapa mood malam ni jiwang semacam je. Adoi. --" )

October 7, 2009

Bila Nak Baik Ni...

0 ulasan
Tiba - tiba mengidam air masak pula....
Tiba - tiba mengidam nasi putih pula....
Tiba - tiba mengidam air kelapa pula....
Tiba - tiba mengidam nasi goreng pula....

" Mana minyak cap kapak nih."


October 6, 2009

Demam, Sakit Kepala Dan Ponteng.

8 ulasan
Pagi ni hari aku dimulakan dengan keadaan yang memang macam haram. Memang hari-hari pun haram. Bangun-bangun, dah sakit kepala, pastu pegang dahi ngan leher, dah panas pulak tak tentu pasal. Demam lagi. Semalam study kat COE Foodcourt takde la lama mana pun. Pelik betul. Balik umah, kemas-kemas barang, terus tido. Camne boleh demam? Antibodi aku da tak kuat ke? Dah 2 hari aku tak jengah kelas-kelas Madam Halena, Dr. Ho Chee Kit, dan yang lain-lainnya. Apa ko nak jadi ni? Ko nak tengok result final ko nanti tertonggeng-tonggeng masuk dalam longkang belakang Lot10 ke am? Da tu tak reti-reti nak ikhtiar?

Tiket final dah keluar, last date untuk ambik 9 aribulan ni. Tapi aku still tak amik lagi finance clearance kat admin. Rancang ari ni, dah pulak demam. Ha, hari ni gak kena anta assignment, ko pulak tak datang. Memang hancur la ko lepas ni am. Ptptn tak settle-settle lagi. Entah bila la agaknya nak settle, tarikh pun tak dapat-dapat lagi dari Ptptn. Memang diorang ni lembab betul buat kerja, tak ubah macam kau.

Berdenyut-denyut kepala belah kanan aku ni. Panadol sampai da nak abis satu papan. Jangan kata ko ada migrain. Cukup-cukup la penyakit yang ko dah ada tu. Karang tambah lagi satu, memang sume benda tak jadi apa-apa.

Final exam tinggal lagi berapa minggu je. Aku study pun tak start lagi. Bila nak start pun tak tau la. Agak-agaknya bila dah tinggal malam last before first paper esoknya baru ko nak pulun semua sekali ye?
Baik sangat la tu. Semoga "berjaya" dengan teknik macam tu.

Semalam aku post satu blog, yang sepatutnya jadi komen kat page minah ni. Niat sebenar, hanya untuk komen. Hanya komen semata-mata. Bagi pendapat, secara terbuka, dan langsung takde niat nak mengutuk. Diulang, tiada langsung niat nak mengutuk. Itu bukan kutukan ye cik. Itu pendapat. Awak tak boleh terima pendapat ke? Kasar sangat ke bahasa aku? Maaf, sebab terbaca post awak. Nama pun blog. Taknak orang baca, buat la private. Senang.

Berdenyut-denyut lagi kepala ni. Teruskan study, mana yang mampu buat sekarang. Bila ko dah sihat am, ko pulun la sampai pecah kepala kau. Bukan pulun mengadap laptop ni. Diulang, bukan pulun mengadap laptop ni. Faham? Bagus. Jangan jadi procastinator, Tuhan tak suka. Jangan jadi pemalas, masa depan tak suka. Jangan jadi penyusah, orang lain tak suka. Pergi buat kerja.

--"

---

October 5, 2009

Buatmu Nadia Khamis

6 ulasan
sebenarnya, apa yang aku tulis kat bawah ni nak dipost sebagai komen ke satu post kt blog yang zulbrodon recommendkn kpd lelaki utk dibaca..tapi memandangkan da terlebih panjang..( characters allowed as comments = 4096 / yang aku tulis = 5296 ) haha..so aku bagi link jela kepada beliau utk baca, samada dia baca atau tidak, itu terserah dia..:) aku da jalankan tugas aku sebagai pengkomen dan pembaca..XD

cheers..

=====================================================================

assalamualaikum...first of all, aku nk kata yg cukup lengkap apa yg anda komen psl lelaki...:) congrats sbb dpt experience mcm ni...tp cuba try baca balik through the whole post..mcm ada berat sebelah..ini just pndapat aku, xlebih, xkurang...tp aku rasa mcm apa yg anda tulis ni mcm ikut perasaan..maybe, just maybe...sbb aku pn sama kadang2, tulis post ikut perasaan, pstu xsedar..sbb apa? sbb kau statekn kt cni, most of the guys out there now are just the same, and the condition of having a relationship with them are mainly manipulated by their ego..kat situ..betul ko ckp, xsume laki yg pangai cm yg ko pnah dpt, smp 2-3 taun tgantung xbertali rapia..aku pn sama pnah kena cmtu...tggu 2 tahun, mcm kapel, bila jumpa,"awak, sy da ada dia ni sbnarnya..sory.."wah...terbaik betul! then selama tu aku take care psl dia...siap nangis2 mcm org mati bini psl dia, psl sakit dia, just utk suka2 la..jgn labelkan lelaki macam tu je..aku xcakap laki betul..dan aku xcakap laki salah, begitu jugak dengan wanita..aku xcakap lelaki baik, begitu jugak dgn perempuan..masing2 ada kelemahan dan kelebihan sendiri..main thing in relationship,yg aku rasa susah nk dpt..chemistry..relationship gunanya utk melengkapkan..apa yg kita xde, mungkin teman kita ada..klau kapel, tp xreti nak paham keadaan org, xguna gak..and psl nk manja2, pstu mrajuk..bnd ni mmg btul, tgk pada lelaki...klau dia jenis melayan, ok la tu..tp kena dia ni jnis cold, serious s#it je memanjang, susa la kot..main point kat sini, jgn anggap sume laki same, or almost sama..sbb xkn ada 1 manusia pn kat dunia ni yg serupa, zahir dan batin..yep, lelaki suka diam bila dia tgh tensi..sbb sllunya ego akan kontrol dia masa dia tgh marah..tp aku stress kn lagi kt sini, xsemua mcm tu..dan xsume laki kuat melenting..sbb apa, prasaan marah ni sbnrnya memenatkan..xtau la klau mmg dari kecik tabiat dia mmg nk melenting je xtntu pasal, xleh nk kata apa...itu sbb environmental effect yg dia kena sejak kecik yg buat dia mcm tu..


oh, paling aku xsetuju, bila anda kata laki xpernah nk appreciate teman diorang aka wanita..woah, berat statement tu..klau betul laki xpernah appreciate wanita, kenapa ada yg smp da kawin kekal ke mati? kenapa ada yang sanggup temankan bini even bini suh kawin lain psl dia sakit tenat? sbb tu aku ckp, xsume laki mcm yg ko pnah dpt or experience with..manusia takkan sama even secubit pun dari rohani diorang dgn yg lainnya..aku xmenentang buah fikiran anda..tapi pls, consider those points fair and square, not by affecting them with heart feeling and such..aku ckp cmni, sbb aku sndiri asek kena tinggal ngn gf aku..maybe sbb aku ni xckup lgkap utk taste dia..bila tya pesal break, sbb diorang xlayak utk aku..oh great..lelaki itu manusia, wanita itu manusia, masing2 ada kelemahan dan kelebihan yang kita susah nk nampak, nk jangka, dan kadang2 xpatut ada pun pada diri masing2..dan psl women are weak, and lelaki yg kuat, protective, pemimpin, bla bla bla..mmg betul pendapat ko bahawa statement kat atas ni salah..aku setuju, lelaki kalau xde wanita dalam idup dia, xkn jadi pemimpin yang berjaya..sebab wanita tu pelengkap..begitu jugak dengan wanita..klau xde lelaki, wanita takkan bahagia macam yg dia sangka, sbb lelaki tu pelengkap..wanita itu diciptakan dari tulang rusuk kiri nabi adam a.s...dan dari situ kita da nmpk, lelaki perlukan wanita utk lengkapkan diri, dan wanita perlukan lelaki utk lengkapkan diri..mak aku selalu mmbebel, kata kalau xkawin dulu lagi bagus bila aku ngn adik2 aku buat peel, ngn abah aku lagi..bila tensi, mmg akan ckp cmtu, tp bila bahagia, xkn tepikir langsung..so dlm relationshop, be considerate with each other..and get along with each other fully..(mcm bersepah2 english aku dlm ni)haha..take things lightly, not as big and heavy like statue of liberty..

"It's just that bukan pandangan aku yang salah, cuma
korang belum nampak dan faham apa yang aku dah faham. This based on personal experiences and
also from my beloved friends' which also means dalam survey ni kita dah jumpa banyak laki yang jenis
perangainya lebih kurang sama."

kalau anda kata yg ni just pandangan anda, mmg aku accept 100%..tapi anda kata yg wanita2 lain xexperience lagi bnd ni..oh, come on..one more, pangai yg lebih kurang sama? mcm yg aku kata, apa yg kita nmpk, xselalunya mcm apa yg sbnrnya or yg kita expect..klau x, xde la pepatah dont judge a book by its cover..sorry la, psl komen aku ni bersepah2..ntah2 ko xbaca pun..tu aku xtau..terserah anda..:)
psl senyap dan dalam hati, lu pikir apa macha..lol, itu kn mmg lumrah manusia..perempuan pn sama..kt lua ok, dlm hati menyumpah seranah..so dua2 sama je....dua2 salah, dua2 betul..ok, summary..haha..main point aku nk stresskan, jgn expect every person in this world have the same negative and positive value like what you've experienced..dan xsepatutnya lelaki dan wanita tu dibeza2kan dngan siapa salah, siapa betul..men are from mars, women are from venus..wth, both of them are from the heaven, and brought down to earth by their own mistake..nampak?lelaki dan wanita sama..sepatutnya, consider lelaki dan perempuan dari segi kelebihan dan kekurangan masing2, bukan dari siapa betul, dan siapa salah..:)

btw, aku suka post kau..^^,

cheers..have a good day..

assalamualaikum..

====================================================================