October 6, 2009

Demam, Sakit Kepala Dan Ponteng.

Pagi ni hari aku dimulakan dengan keadaan yang memang macam haram. Memang hari-hari pun haram. Bangun-bangun, dah sakit kepala, pastu pegang dahi ngan leher, dah panas pulak tak tentu pasal. Demam lagi. Semalam study kat COE Foodcourt takde la lama mana pun. Pelik betul. Balik umah, kemas-kemas barang, terus tido. Camne boleh demam? Antibodi aku da tak kuat ke? Dah 2 hari aku tak jengah kelas-kelas Madam Halena, Dr. Ho Chee Kit, dan yang lain-lainnya. Apa ko nak jadi ni? Ko nak tengok result final ko nanti tertonggeng-tonggeng masuk dalam longkang belakang Lot10 ke am? Da tu tak reti-reti nak ikhtiar?

Tiket final dah keluar, last date untuk ambik 9 aribulan ni. Tapi aku still tak amik lagi finance clearance kat admin. Rancang ari ni, dah pulak demam. Ha, hari ni gak kena anta assignment, ko pulak tak datang. Memang hancur la ko lepas ni am. Ptptn tak settle-settle lagi. Entah bila la agaknya nak settle, tarikh pun tak dapat-dapat lagi dari Ptptn. Memang diorang ni lembab betul buat kerja, tak ubah macam kau.

Berdenyut-denyut kepala belah kanan aku ni. Panadol sampai da nak abis satu papan. Jangan kata ko ada migrain. Cukup-cukup la penyakit yang ko dah ada tu. Karang tambah lagi satu, memang sume benda tak jadi apa-apa.

Final exam tinggal lagi berapa minggu je. Aku study pun tak start lagi. Bila nak start pun tak tau la. Agak-agaknya bila dah tinggal malam last before first paper esoknya baru ko nak pulun semua sekali ye?
Baik sangat la tu. Semoga "berjaya" dengan teknik macam tu.

Semalam aku post satu blog, yang sepatutnya jadi komen kat page minah ni. Niat sebenar, hanya untuk komen. Hanya komen semata-mata. Bagi pendapat, secara terbuka, dan langsung takde niat nak mengutuk. Diulang, tiada langsung niat nak mengutuk. Itu bukan kutukan ye cik. Itu pendapat. Awak tak boleh terima pendapat ke? Kasar sangat ke bahasa aku? Maaf, sebab terbaca post awak. Nama pun blog. Taknak orang baca, buat la private. Senang.

Berdenyut-denyut lagi kepala ni. Teruskan study, mana yang mampu buat sekarang. Bila ko dah sihat am, ko pulun la sampai pecah kepala kau. Bukan pulun mengadap laptop ni. Diulang, bukan pulun mengadap laptop ni. Faham? Bagus. Jangan jadi procastinator, Tuhan tak suka. Jangan jadi pemalas, masa depan tak suka. Jangan jadi penyusah, orang lain tak suka. Pergi buat kerja.

--"

---

8 comments:

fakhruddin said...

hohoi gi la la dispensari. dekat je kot. boleh mintak mc. ko nih demam ke migrain?? better check.

ala minah tu dah buat private dah pun blog dia. ko tak rasa orang macam dia, jenis tak boleh nak terima pandangan orang lain ke? lepas tu jenis macam dia je yang betul, orang lain tak. takpe la. biarlah dia. masalah dia, bukan masalah kita. huhu

k have a nice day.

chocobi|x| said...

haha...
aku malas la nk g dispensari..da la jauh, nun kat ceruk tu..
org buat la dekat2..
huhu..

aah, minah tu da private..ala, biar jela dia tu...aku komen pn,kata kutuk dia..kutuk betul2 baru tau, mau berasap biji mata dia bila baca apa yg aku tulis karang...
oh, maybe la kot...ntah2 dia pn tgh tensi ke, apa ke...lantak dia la...

:)

yeah, u too..

---

fakhruddin said...

ait dia tau ke ko komen pasal post dia? camne dia tau & nak marah2 lak? tak dapat terima kenyataan betul. huhu

dispensari kalau buat dekat2, ramai la student yang pergi sana mintak cuti. hehe

chocobi|x| said...

haha....aku blogger berwibawa..aku bgtau la psl komen aku xmuat nk post kt blog dia...
pstu dia marah2 xtntu pasal, kata aku kutuk blog dia...
org ckp elok2 pn kata kutuk..adoi...

oh, bagus gak tu...
waaa, aku xde timeslot...cmne ni?

T-T

---

fakhruddin said...

eh mana yang marah2 tak tentu pasal tu? nak usha! kat blog dia ke? dia cakap pe?

err takde time slot? ntah mana aku tau. try la tanya kat admin sok

chocobi|x| said...

haha...yang dia marah2 tu kat blog post dia yang ritu..
dia anta komen je...siap zul pn kena sound skali ngn dia..
skng da kena block, xleh nk buat apa la...XD

oh, ok..aku baru je amik finance clearance pg smalam..huhu

---

fakhruddin said...

oho aku pun ada komen kat chatbox die, tapi guna nick 'lelaki' la. haha. sian zul, tak pasal2 kena jugak. huhu

chocobi|x| said...

haha..da zul pegi promote blog dia...XD
kena la jugak saham marah dia tu...haha

---