October 8, 2009

Kotak Puisi Sang Malam

Exam dah makin dekat. Badan pun alhamdulillah, dah makin sihat. Tiket exam pun dah amik. Timeslot je tak settle - settle lagi, kena bayar 50% dari hutang piutang yang ada ngan uniten baru lepas. Takpe - takpe, kemudiankan itu dulu. Ptptn akan selesaikan semuanya. Harap - harap dapat la full loan, bukan partial. Kalau tak, alamat macam - macam masalah la yang keluar karang. Tolak semua tu ke tepi, masa untuk revision pulak. Tinggal lagi berapa minggu je. Rasanya dalam 2 minggu. Kena start dari sekarang ni.

Dengar puisi rangga ni best pulak. Teringat kat awek lama masa muda - muda dulu. Haha. Pastuh continue pulak dengan lagu acha septriasa ngan irwansyah, oh syahdunya zaman mudaku. ( Malam - malam ni memang da merepek - repek je banyak ). Sekarang dengar pulak lagu spider - suka duka kita, pergh, lagi teringat. Layan karaoke sedap gak memalam buta ni, Tambah pulak aku tengah sorang - sorang kat umah. Melalak sepuas - puasnya la. Hehe.

Ketawa tu boleh jadi macam - macam ubat. Ubat orang putus cinta terutamanya. Ubat sakit migrain pun boleh. Ubat panas baran. Ubat rindu dendam kesuma arwajana sandiwara primadewi. Err. Ubat tidur. Ubat kalau perut kenyang. Ubat tengah bosan. Ha, kan macam - macam ubat tu boleh jadi. Tapi macam biasa la, setiap ubat yang ada, tak akan membawa kebaikan kalau ambik banyak sangat. Jadi, ketawa bila perlu, dan bukan sepanjang masa macam orang gila.

Pagi tadi first time aku datang kelas circuit since minggu lepas. Lama betul aku dah tak datang. Sampai chapter berapa pun aku dah lost. Adoi, tak boleh terus macam ni. Lepas ni kena pergi sume kelas. Tak kira. Malam ni ingat nak study circuit dengan kader, ira and hana sume, skali takde pape pun. Adoi, aku terlepas ke : (

Esok, jumaat, ada kelas ganti untuk kalkulus. Semangat - semangat!

Berikut adalah list lagu yang sedang dan telah didengar semasa menulis laporan ini ;
*spider - rela ku pujuk
*spider - kacap terlabik
*spider - suka duka kita
*spider - sumpah tak buat lagi
*dian sastrowardoyo - puisi rangga
*acha septriasa - sampai menutup mata
*acha septriasa feat irwansyah - menerima kau pergi
*acha septriasa - ada cinta
*jinbara - patri
*kristal - analogi
*kristal - rajuk si hawa
*kristal - suatu kenangan
*kristal - retorik cinta
*exist - hilang dalam ramai
*flybaits - mengapa perpisahan yang kau pinta
*gravity - aduhai malam aduhai sesalan
*nitrus - resah
*nitrus - rasa
*hujan - kotak hati

Ada banyak lagi, tapi rasanya cukup jela banyak tu. Lagipun bukan ada siapa - siapa pun baca tulisan aku ni. ^^,

-nites
( Entah kenapa mood malam ni jiwang semacam je. Adoi. --" )

2 comments:

fafaz said...

adeehh,
indonesi suka?

kita sama.

;D

chocobi|x| said...

haha..bukan suka indonesi...lagu artis2 nya saja...XD

---