Pukul 5.04 pagi, hari Isnin. Aku tak tidur lagi. Mata dah mengantuk, tapi tahan-tahankan jugak. Entah kenapa, rasa macam ada benda nak buat, tapi takde apa pun sebenarnya.
"Ko kena stop benda merepek ni am. Tak baik tidur lambat."
Btw, da lama gak tak BW, so saja la aku melawat mana-mana blog membe yang dulu aku selalu jengah cari bahan sesuap jenaka pagi-pagi. Yang ada, blog Programmer Korup, dan beberapa blog lain yang aku tak follow pulak. Saja dok merayap :D Bukak forum LYN, tengok thread merepek. Bukak 4chan, lagilah mengarut. Sudahnya, aku kembali pada blogger. Ingat tadi nak tukar template ni, duk asek bergelap je. Nak try terang-terang pulak. Tapi malangnya, memang bukan taste aku baca blog terang-terang ni lama-lama. Sakit mata. Rasa macam nak garu-garu je biji mata ni sampai puas.
Baru aku tau, Zaquan & Ayu Raudhah kawin ari yang sama dengan birthday buah hati aku. Ah, biarlah dorang kawin. Bukan aku merasa pun nasi minyak dorang. Tapi tengok cam meriah gila. Well, celebrity wedding, what else can you expect from such people? Other than that, kenapa perlu ada beruk tidur time bersanding? Aku dah terbayang bukan-bukan dah. Mana tau Ayu Raudhah bersalin dapat anak serupa cam makhluk Allah tu, tak ke naya. Hadoi parah.
Jalan-jalan lagi sana sini, teringat balik zaman-zaman foundation dulu, time moto tengah takde lagi. Pegi kelas ke, makan ke, jumpa awek ke, sumer naik bas, or jalan kaki. Agak muka tak malu sikit ari tu, tumpang la mana-mana membe yang melintas depan mata. Beca ke, kuda ke, basikal tua, sampan atas darat, sume aku pulun tumpang. Bagus betul. Time tuh, rambut toksah cakap, macam mana rupa rambut Cloud dalam game Final Fantasy tuh, cmtu jugak la rambut aku, sehabis tiru. Err, takde niat pun nak tiru. Dah itu yang aku rasa kena pada muka, so jadinya tula. Macam mak aku selalu kata, rambut beranyam. Haha.
ada la jugak style macam ni skit, muka pun lebih kurang, lantak la kan :D
Tapi sekarang ni dah tinggal luar, nak gi kelas jalan kaki memang jawabnya hancur lebur result aku sem ni, jadi terpaksalah naik motor. Tak dapat la buat rambut camni lagi. Dah tu, set rambut setengah, pastu tak sampai 1 saat hancur bila buat pakai helmet. So, alternatif lain, bawak jela wax Gatsby tu gi kelas. Ahahaha.
p/s : cuti mid sem dah dekat. sape-sape ada peluang pekerjaan part-time, bungkus nasi lemak ke, kopek bilis ke, format laptop or pc, dsb yang boleh dibuat di rumah, pas-pas la kat aku. Part-time MLM or direct selling tuh lain kali jela. Ngadap muka ikan bilis lagi best dari duk ngadap muka fedup possible customer yang kita duk persuade tuh.
No comments:
Post a Comment