Akhirnya, terisi jugak aktiviti aku untuk minggu ni dengan benda-benda berfaedah selain daripada meng-onlinekan diri dan menghabiskan masa di depan laptop menghadap game-game lama yang dah abes main pun, tapi repeat balik...haish...
Hari ni ahad, dan aku pun baru je balik dari Kemayan, Pahang. Rumah nenek belah mak aku kat situ, begitu jugak dengan sepupu sepapat aku. Best la jugak kat sana, dapat lepak-lepak dengan sepupu-sepupu aku yang semuanya still lagi cenonet-cenonet dan comel. Haha, nak ajak lepak gi karok, tengok wayang or jalan-jalan usha awek pun tak best. Semuanya innocent lagi. Pastu kerja yang aku buat, ceraikan biji kekabu. Err, kekabu tu apa? Kekabu tu yang ada dalam bantal korang tu. Rupa macam kapas. Tapi tula kekabu, datangnye dari pokok kekabu, dan pontianak senang memperlihatkan dirinya kat situ, sebab time berbuah, pokok tu penuh dengan buah yang macam bersalut dengan kapas putih, kan lebih kurang macam rambut ponti tu jugak. Lainla kalau si dia tu pakai syampu sunsilk yang ada coffee extract, jadi itam pulak rambut dia. Oh, mesti cun kan rupa dia.
Time nak leraikan biji dia dari kekabu tu, peh. Satu perkara bila korang buat kerja ni, jangan pegang kepala korang. Kalau tak, jadi macam atuk aku la, gatal kepala punya pasal, abes da macam pakcik kfc da rupa dia, penuh kekabu kat kepala. XD. Pastu dengan melekat kat baju lagi. Memang terbaik. Tu belum lagi angin tiup, then serpihan-serpihan kekabu tu berterbangan macam bunga dandelion tu, masuk lubang idung. Adoi, tersumbat dah pulak.
Lagi kerja yang aku buat, err, usha awek jela kot. OK, cukup.
Kat sana jugak, dapat la aku baca paper metro almost hari-hari, dan juga untuk hari-hari pada kurun-kurun yang lepas. Entah berapa kurun, itu yang kita tak tau tu. Dan aku perasan kan bahagian sukan ( yang dah mula aku baca since da follow epl ni ), dapat aku wujudkan satu hipotesis bahawa semakin lama masa, semakin banyak iklan-iklan perkhidmatan keputusan nombor ekor. Macam-macam jenama ada. 4D, 5D, Da Ma Cai, Kuda, Toto, dan entah hape-hape lagi entah yang boleh anda semua pilih langganan keputusannya. Selalunya result tembak-menembak nombor ni keluar hari Isnin, Rabu dengan Jumaat...err, itu apa yang aku nampak la. Aku tak main nombor-nombor ni kayh. Main call-call nombor random ada la kot. XD. Berbalik semula pasal iklan ni, dulu masa mula-mula aku tengok comel je iklan dia kat penjuru belah kanan bawah paper ni, tapi sekarang, peh. Da makan 2 + 1/2 page. Kaw-kaw. Jadi aku juga dapat simpulkan satu lagi hipotesis kat situ, yang semakin lama, semakin ramai pemain-pemain nombor ekor, dan semakin ramai juga syarikat-syarikat yang memanfaatkan kuasa teknologi sms dan internet ni sekarang. Bagus la kan. Hah, pegi berak kat tandas, bukan kat sini.
Korang rasa ada lagi ke yang layan akademi fantaiksia 8 tuh? Bila aku tengok iklan dia yang bersepah-sepah kat cenel astro umah nenek aku tu ( umah aku takde astro ), rasa cam nak terkencing pulak. Ate, kome nengok le sumenye. Banyak yang jual muka je dari bakat suara. Yela, lagipun sekarang ni mana orang nak artis yang muka macam Mr. Os tu. Padahal selalunya orang macam tula yang berlakon paling terbaik, paling cemerlang, paling mustajab dalam merungkai persoalan-persoalan yang diketengahkan selalunya dalam filem-filem komedi Malaysia lama. Apa aku merepek ni. Ops, off topic. Ala, biar la. Lagipun memang dekat-dekat je kan kerjaya penyanyi dengan pelakon ni. Artis sekarang, kalau tengok status, mesti ada list "Penyanyi, Pelakon, Pengarah, Komposer, Penulis Lirik, Bla Bla Bangla, Dll.". Banyak gila kerjaya, padan sume artis-artis ni jadi makcik dan pakcik kayo. Tapi masalahnya dengan AF ni, pesal tak habis-habis lagi buat artis mi megi dua sem @ artis segera? Memangla untung banyak..kot..tapi cuba tengok artis-artis juara akademi korang ni yang season-season lepas tu, jauh sangat ke kerjaya diorang dapat pegi selain mawi? Aku tak kenal sangat dengan artis-artis AF ni, just apa yang aku nampak la. Kalau korang betul ada bakat, hebat bab-bab nyanyi ni, tak payah pegi AF pun boleh da. Buat je macam band-band indie, Bunkface, MUH, Couple, Hujan, sume naik bertakhta dihati pendengar dengan usaha sendiri tanpa bantuan. Takde nak gi akademi nyanyi pun. Nak yang solo singer punya example? take Yuna, Ana Raffali, Zee Avi, sume naik camtu je, takde nak akademi-akademi merepek pun. Sume naik dengan bantuan mespes, dan zee avi lak strong kat youtube. Hah, juara-juara AF, tengok la. Korang ada bernaung bawah records US tak macam zee avi? ada naik 200 Top Bilboard yang kat US tu tak macam dia? Tarak kan? So balik, pegi Superstar@Alamanda tu, korang karok la puas-puas sampai terkeluar anak tekak, then balik umah, guna sijil ijazah yang korang da dapat tu untuk cari dan buat kerja-kerja yang lebih meyakinkan. Artis. Bergantung pada glamor. Korang eksiden, muka pecah, da buruk, konfem da tak femes. Nak harapkan suara, pun tak sedap. Ceit.
Sudah-sudah la tu merepek am.
pss : Haish, kerja part time tak jumpa-jumpa lagi. Cuti tinggal dua bulan. Tak best betul. Sume nak keje full time je. Camne ni daus?
No comments:
Post a Comment