Aaa, haa, ketepi-ketepi, orang nak lalu. Haish, tepi la. Weyh, ko paham bahasa tak ni? Ke tak paham? Aku nak lalu je. Tolong la encik. Tolong la.
Ok, apa aku merepek ni. Ah, persetankan. Semuanya sembang kosong yang ditaip dengan sembrono saja. Hurm, lama da tak sentuh belogsiput nih, rasa macam da berkurun-kurun. Macam da mati pun ada. Takpe la. Biarkan~ Biarkan~~~~.....
Sejak tamatnya sesi persekolahan aku untuk tahun pertama ijazah sarjana tak-berapa-nak-muda ni, duduk rumah aje la keje. Menghabiskan air sejuk dalam peti ais, sampai gaduh-gaduh satu famili, melambung-lambungkan bil api dan air yang dah sememangnya terlambung dengan penuh gayanya sejak azali lagi, dan bermacam-macam lagi aktiviti yang sangat-sangat berfaedah bila berada di rumah. Ops, maaf, belia benci tidur. Haha, aku tipu? Betul la, aku tak suka tidur. Bila nak tidur, rasa macam best, sambil peluk bantal besar, membayangkan benda-benda mengarut dan....err... Tapi bila bangun, macam-macam yang ada dalam fikiran aku.
1. Menyesal : Kalau aku tak tidur tadi, macam-macam benda aku boleh buat, tidur boleh (?), makan boleh, kacau adik aku boleh, tengok tv boleh, online boleh, kutuk orang boleh, sembahyang boleh, bak kata pakcik astro yang dah lama tak keluar tv tu "Macam-macam adaa~~~~"
2. Marah : Adui, kalau aku tak tidur tadi, dah settle da benda ni. Tengok jam, da pukul 6 petang. Haiya, petang-petang camni rajin pulak aku nak basuh moto. Karang pegi amik adik aku lagi, berselut balik sport rim aku. Ah, malasnya.
3. Sakit Badan : Ni salah tido punya pasal, ang jawab la sendiri apa ang nak jawab. La ni sapa suh tido petang-petang?
4. Hang pikiq la sendiri!
Mak aku selalu cakap, nak tidur, sembahyang dulu. Dah tu, asyik postponed je. Karang dah baring, konfem-konfem berat bontot, berat tulang belakang, berat tengkuk dan berat kepala nak bangun pegi amik wuduk. So sebelum syaitan-syaitan memberatkan badan dan juga amalan bahu kiri korang, baik la pegi sembahyang sebelum solat. Eh, solat sebelum tidur.
Aku sekarang kat umah ada kerja baru. Bangun subuh, solat, then terus tidur balik. Pukul 10 bangun.
"Am, kejap lagi pegi amik iwan kat skola agama tau. Jangan lambat, karang tertunggu-tunggu adik tu."
Ha, aku da jadi screwdriver. Hehe. Client aku, izuwan. Adik aku yang paling kecik, dan antara yang terbijak dalam famili kitorang. Peh, exam memanjang dapat 85++, aku pun kalah.
Tapi macam yang aku cakap tadi, sekarang ni bila petang je ujan. Asal petang je, ujan. Asal ujan je, petang. Asal aku rasa nak sms orang je, ayu. Asal aku nak ayu je, orang. Erk.
Dan berselut, berlumpurlah tayar moto aku yang dah tak berapa dan sememangnya kurang lawa tu. Takpe la tayar, kau pun memang tugas meredah jalan, liku-liku kehidupan yang juga terselit dicelah-celahnya taik kucing mahupun anjing. oO
Ah, letihnya aku. Bye, nak gi tido.
"Bangunlah kamu sebelum kamu dibangunkan untuk solat asar."
Ha-ha, aku pegi solat ni.
No comments:
Post a Comment