March 16, 2009

Perempuan, Masa, Dan Situasi

mak saya selalu kata macam ini,

"am, cuba lah kau belajar masak. tengok dalam tv tuh, sume tukang masak lelaki. mana ada dah tukang masak perempuan. "

tapi saya beri jawapan,

"mak,abang nanti kena kerja. memang lah abang boleh belajar masak, tapi abang lagi suka jadi tukang makan dan tukang kritik daripada tukang masak. nanti isteri abang buat apa?"

mak pun beri jawapan,

"isteri kau nanti lah yang kerja, kau duduk rumah, menjahit, masak, jaga anak, kemas rumah. "

saya pun jawab lagi,

"oh, memang terbaik lah macam itu. haha. tanak abang. lagi bagus tak yah kawin ah macam itu. perempuan zaman sekarang memang pelik. abang tengok kat internet pun sume cakap ' saya suka tido, shopping, lepak, tgk tv, baca novel'. bila tanya pandai masak tak, dia jawab pandai masak air je."

mak ketawa, lalu bagi jawapan,

"haha, tau pun engkau. nanti cari bini, cari yang rajin, yang baik, bukan yang lawa, tapi pemalas nauzubillah. jangan cari yang macam model, tapi agama campak bawah katil. jangan cari yang seksi, buat anak reti, jaga anak bagi kat orang gaji. kalau ada orang gaji. kalau takde?"

saya tersenyum lebar,

"haha, betul-betul. tapi mana nak cari lagi yang rajin, yang baik, yang pandai masak, mak?"

mak saya pun jawab lagi,

"alah, ko cari je yang kat kampung tuh. kan ramai anak jiran nenek kau yang rajin-rajin. nak lawa sesaja, memang tak dapat lah."

tapi saya tak setuju,

"tapi mak, abang pernah nampak diorang sume melepak dengan Mamat ngan Sham kat trek depan skola tuh, gaya macam minah rempit je. budak kampung pun da over mengalahkan budak KL."

mak diam. lalu mak pun jawab,

"alah, mana-mana sama je sekarang."

idea datang. saya pun jawab,

"kalau boleh kawin dengan perempuan yang kena tindas kat Iraq dengan Afghan tuh lagi bagus, kan mak? dorang dah tentu bersyukur gila bila duk kat Malaysia yang aman nih, tambah-tambah dah ada suami yang boleh diharap. daripada duduk dekat sana, keluarga hilang. sekurang-kurangnya kat sini boleh dapat zuriat."

mak tersengih. mak pun jawab,

"gatal!. haha. engkau tuh pun mak jaga lagi, demam pun mak yang tolong picitkan kepala, nak kawin dengan orang Arab. dorang tuh da la lawa. tapi ko tuh mana reti cakap arab."

saya tersipu-sipu malu ( konon),

"mana ada orang gatal la. abang bagi cadangan bernas lagi munasabah je. huu."

------------------------------

tamat sudah konversasi seorang anak bernama Mohamad Izham Bin Zainal Abidin dengan ibu kesayangannya, Maseriah Binti Mohd. Diah ketika balik ke rumah 2 hari yang lalu, kerana demam yang teruk. mekaceyh mak! ^^,

6 comments:

heqing said...

as i said before...
luckily im not in that category...
:D
i x pandai masak...
tapi i can cook....
not only masak air je...
hahaha...
also thanks my mum too...
because is she teach me how to cook....
^^

arm said...

haha.
yup2.

---

fakhruddin said...

ahaha satu perbualan yang agak menarik. aku jarang nak cakap ngan mak aku pasal benda2 macam ni. nanti kena lecture free lak. belajar tak habis dah fikir macam2 huhu

arm said...

haha.
mak aku suh aku blja mana yang mampu.
jangan fail dah la.
XD

best pe sembang bnd cmnih ngn mak skli skala.
at least rasa cam mak tuh mmbe baik kte yg kne dihormati,kn?

---

noraisyah nordin said...

comel la cakap ngan mak macam ni~~~hahaha....

arm said...

haha.
saya memang dilahirkan comel dari segala segi.
(perasan lebih)

XD


---