March 15, 2009

Hancur Luluh Hati Izham : Tiada Siapa-Siapa Ambil Kisah

terima kasih kepada siapa-siapa insan di muka bumi ini yang sudi membaca blog yang tak seberapa ini. aku sedih. aku kecewa. pilu, sayu hati aku pagi ini. 16 Mac 2009. 7:30 pagi. aku bangun, dengan keadaan badan aku yang masih lagi tak berapa sembuh dari demam sejak 4 hari lepas. aku tabahkan diri, kuatkan semangat, aku tahankan kesejukan pagi yang bermaharajalela dalam bilik air A4-03-07. ya, pagi yang sejuk. suhu badan aku yang masih sedikit panas ini berlawan-lawan dengan kesejukan air paip yang menusuk hingga ke tulang sum-sum. tak apa, aku tahankan juga. aku perlu kuat. biarlah kepala aku sakit, berdenyut-denyut, mata aku rasa macam nak terkeluar sebab panas dalam kepala, kaki dan tangan aku yang sedikit menggigil sebab kesejukan, aku tak hiraukan langsung semua itu. aku kuatkan semangat untuk menempuh hari ini, hari aku akan menghadapi impromptu speech aku bersama Mr. Kuru, kuiz fizik, dan entah apa-apa lagi. biarlah aku tak begitu sihat, aku tetap nak pergi.

tapi......


betapa luluh, pilu, kecewanya hati aku, patah semangat aku, hilang motivasi diri aku, bila aku perasan, kasut kesayangan aku tiada di tempatnya. Ya Rabbi, mana perginya kasut aku? siapa pula yang curi ini? aku nak pergi kelas, tolonglah. aku merayu. pulangkanlah kasut aku. dah la aku tengah demam macam ini, kasut pula kena curi. aku bukan banyak duit, kaya, berada macam kawan-kawan aku yang lain, boleh ada kasut lain-lain 2 3 pasang. kasut itu sajalah aku ada, abah aku belikan dekat kedai Bundle Z dengan harga RM60. tolonglah, abah aku belikan untuk aku pakai dekat sini, pakai pergi kelas, pergi kuliah, pergi bersukan, pergi keluar mana-mana tempat yang perlu kelihatan kemas walaupun tak formal. bukan untuk dicuri. tolonglah. apa aku nak jawab dengan mak abah aku kalau mereka tahu kasut itu hilang? mana aku nak cari duit beli baru? tolonglah. aku merayu. harta aku bukan banyak. kasut lama macam itu pun sanggup dicuri. tolonglah, aku merayu. kasihankanlah aku. sampai hati pencuri itu curi kasut aku. hancur luluh hati dan perasaan aku pagi ini. sampai hati. sampai hati.

sampai hati...

sampai hati......

sampai hati.............

SAMPAI HATI CURI KASUT AKU............................................

7 comments:

heqing said...

aiya...
who is that person??
sampai hati die....
kesian arm...
no other shoes lagi ke?

arm said...

no.
ishk2.
n that shoe is d 1 i'm goin to use for tomorrow's kor uniten.
ishk2.
pls,whu eve tht person is.
giv back my shoe.
i just 1 my shoe.
thts all.

ishk2.

---

heqing said...

kesian arm....
whos that coward!!!!
give back arm's shoes!!!!
jahat org tu....

arm said...

err..
takpe la.
maybe esok i'll try to borrow my fren's shoes.

T_T

---

fakhruddin said...

sungguh menyayat hati la ini post huhu pasal selipar or kasut hilang tu, aku dah banyak kali dah kena. tension gila tapi tak boleh nak buat apa sebab tak tau siapa pencurinya. kalau aku tau orang yang mencuri tu, dah lama aku baling dia kat dinding =]

fafaz said...

waaaa...
cian sme ko..
sabr eyk..
:D

arm said...

ishk2.
sbr mmg r boleh.
tapi,kasut yang sama,tiada gantinya.

waaaaa~!!!!!!
T_T

---