Hobi aku sekarang, suka jalan-jalan naik motor petang-petang. Ala, apa je yang lainnya dengan hobi macam ni? Setakat ronda petang-petang naik moto, mak aku pun selalu buat bila balik Pahang. Tapi aku bukan ronda-ronda camtu je. Aku bukan ronda-ronda pusing keliling kawasan rumah ke, taman ke, nope. Jalan yang aku cari, rupa camni.
Yep. That's right. This is stupid. Tapi aku suka. Pada orang lain, traffic jam ni satu keadaan yang paling dibenci bila tinggal kat kota-kota besar macam KL. Aku pun tak tau macam mana aku boleh tersangkut dengan hobi pelik macam ni. Kenapa aku pilih petang? Sebab petang la waktu traffic jam kat KL ni paling teruk. Dan aku pulak, lepas balik kelas, terus isi minyak, bawak pegi ronda satu KL. Minggu lepas, aku bawak pegi pusing area Bukit Bintang dan Imbi. Memang jam teruk. Hari ni, aku pegi sampai ke Dataran Merdeka. Saja tengok orang lalu lalang. Nak amik picture, kamera pun Nokia 3230 je yang ada.
BHW tersayang yang setia. Lately asyik demam-demam sikit. Merah tu Daus-san punya.
Apa yang aku dapat dari hobi ni, aku rasa puas bila dapat masuk area KL tu, dan keluar dari traffic jam tu dengan selamat. Haha, macam bodoh. But anyway, at least skill menunggang aku boleh improve lagi. Dan takde la kekok bila jalan kat KL later. Jalan pegi sana, pegi sini pun dah tau. Cume lepas ni, mungkin kena tukar sikit kot hobi ni. Since asyik jalan KL je, bosan jugak. Risiko memang tinggi, terutama risiko accident, dan kena saman. Tapi roadtax aku hidup lagi, lesen pun sama, so takde la nak risau kalau kena tahan dek PDRM or JPJ macam hari ni.
Lepas ni, aku try jalan-jalan sampai Pahang pulak la. And oh, aku buat sume ni sorang-sorang. Karang kalau bawak orang, nanti dorang banyak songeh pulak. Daripada pegi ramai-ramai, balik sorang, baik aku pegi dan balik sorang-sorang terus.
p/s : sorry sebab bahasa aku macam pelik skit utk post kali ni. aku pun tak tau kenapa, tapi rasa macam betul-betul skema, dan pelat macam foreigner pun ada. ohgosh.
No comments:
Post a Comment