October 26, 2010

Log 27/10/2010

Assalamualaikum...



Dah lama sangat rasanya aku tak kemaskini blog aku ni. Terlampau-lampau lama. Tapi tengok tarikh terakhir post, lebih kurang berapa bulan lepas je. Mungkin perasaan aku je kot. Tapi kalau ikutkan memang lama gila pun. Entah ada orang baca lagi atau tak blog-blog ni. Room mate aku yang dulunya aktif gila ber-blogging pun, sekarang dah takde update baru da. Masing-masing sibuk dengan macam-macam hal. Assignments, homework, exercises, quizzes, tests, dan macam-macam lagi hal yang berkaitan study. Yela, semua dah 2nd year degree. Result nak kene jaga. Semester ni jugak merupakan rekod peribadi aku, serta room mate aku, yang entah bape kali da dia ulang bila termasuk bab ni time sembang. Langsung tak jejak kaki pun kat wayang-wayang, panggung-panggung, apatah lagi boling yang memang jadi kegemaran kitorang menghabiskan masa dan duit pinjaman dan biasiswa, demi kepuasan bersukan. Katanya la. Betul bersukan atau just cuci mata, kena tanya tuan empunya muka :)



Semester ni jugak aku rasa paling bersungguh-sungguh aku study. Setakat ni jela. Mana tau semester depan dapat tambah lagi ke usaha, boleh target pointer 4. InsyaAllah. Kita tak tau apa yang akan kita dapat dengan usaha kita, kan? Melainkan kalau bab makan. Takde usaha nak masak, nak pegi beli kat kedai, nak pegi mintak tolong member tolong belikan, hanya satu jawapan yang ada.



"Berlapar sampai esok la kau bro. Takdenye aku nak masak untuk ko :D Apa? Lapar? Ala ciannye. Meh sini meh, aku belanja makan angin kipas tinggi jenama Toshiba. Mahal tu aku beli. Khas untuk ko. Apa-apa yang aku ada pun, memang aku beli khas untuk ko. Hanya kau."



Yang mendengar pasti teruja, semacam ada satu tenaga yang mengalir dalam badan, bertindak seperti bak kata orang, pemangkin kepada keluarnya kata-kata kesat, ringannya tangan melayang ke pipi orang awam, dan sebagainya. Yang bijak pulak, tenaga yang tiba-tiba mengalir, digunakan untuk memasak walaupun dalam keadaan marah dan hangin satu badan. Lantak pi la apa jadi, aku masak hangus ke, tak sedap ke, janji aku kenyang, kan? Masak banyak-banyak, lebihnya ke tong sampah. Bijak :D



Demam final tengah melanda sebenarnya kat Uniten ni. Tapi ada jugak yang da reda, sebab tinggal satu paper je lagi. Macam aku pulak, tengah kemuncak demam. Kenapa? Sebab dua paper terakhir tu, beratnya macam orang tua-tua kata, berat lagi mata memandang, berat lagi kepala otak memikirkan jawapan dan solution bagi z-transform tuh. Belum lagi dia letak impulse response entah mana-mana datangnya. Tau-tau jawapan camtu je. Aik, tadi nampak cam susah. Inilah lagi kelemahan aku. Mungkin otak da tak setajam dulu, atau memang padah sikap malas dari dulu. Tapi rasanya sebab malas. Orang lain study, kejap da tangkap. Aku study, dua tiga kali repeat revision, yang dapat ciput je. Segan tu da jadi teman setia kat hati. Orang lain laju je buat, yang aku masih terkial-kial mencari jalan keluar. Takpe, teruskan usaha.



Semalam.....
*speechless.....
Semalam.. Aku.......
*speechless.....
Hati aku, macam terbukak.........
*speechless.... a pretty long one..................
Ah.. Senang cerita.....
*speechless.... please am, for these reader's sake....
I LOVE YOU N <3

===========
Temperature : 53 Degree Celsius + 37 Degree Celsius
Load : 22%
Listening : Bullet For My Valentine - Disappear



 

No comments: