Sekarang ni semua sibuk dengan macam-macam hal. Almaklum, second sem utk 1st year degree student dah nak abes. Time-time macam ni la sume benda nak start buat hal. Lecturer mula mintak result project, assignment, quizzes, dan tak kurang manis jugak test-test yang bersepah-sepah tak tentu hala.
Lumrah la kan idup jadi student. Apa nak heran.
Malam ni membe-membe aku ajak pegi men bowling kat Mines. Tapi aku pulak tak cukup bajet. Nak pegi pun buat apa, tengok orang main je? Cheh....Bek lepak umah, tengok dinding dan bantal kalau camtu. Err, lagipun aku sebenarnya tengah tak berapa nak rajin bila bab-bab keluar ni. Tapi kesian pulak kat ayep. Dari kelmarin sebok ngan "boling". Takpela, you guys go without me. Go!!! Save Yourself!!!! Leave Me Here!!! I'll deal with these things personally...lol
Sekarang ni jugak sume kalau online, mengadap fesbuk je. Fesbuk. PM ngadap fesbuk. "Kes Anwar" ngadap fesbuk. Mak-mak orang ngadap fesbuk. Pemandu teksi, bas, keretapi, komuter, lrt, penjaga kedai kasut Bata kat Puchong Permai, manager kfc bekas tempat aku keja dulu, along, angah, achik, lulu, bella, sarip dol, jabatan-jabatan kerajaan mahupun jambatan-jambatan tak siap kat hulu-hulu kampung belah-belah area orang asli tu sume mengadap fesbuk. Memang semangat 1Malaysia betul. Sungguh terbaik-dari-ladang...Kalau dulu, sume duk sibuk buat blog, post sana, post sini, tag orang tu, tag orang ni, komen camtu, komen camni, bergaduh, bertekak, bermastautin sume kat blogger, wordpress, bla bla bla. Tapi sekarang, tag orang pun kat fesbuk je. Gaduh sume kat fesbuk. Komen orang sume kat fesbuk. Mana-mana institusi ekonomi sume ada "Find Us On Facebook" kat laman web dorang.
Sekarang ni kat blog updates aku pun yang ada banyak update, just blog abyrad, dengan blog download-mendownload mediafire, Aku Muzik Hampa. Blog heqing, zulbrodon, kudin, dan sebagainya sume senyap sunyi. Ke aku yang dah tak update ngan perubahan-perubahan blog yang mungkin dorang lakukan, sampai tukar address blog dorang, sekaligus menyebabkan aku tak dapat apa-apa update dari dorang?
Ah, membebel je kau.
March 5, 2010
March 4, 2010
Pakcik Leter
Posted by
chocobi
0
ulasan
Malaysia nampaknya makin panas. Ke dah memang panas, cuma aku je yang tak berapa nak sedar? Ari-ari kena sunburn, pigmentation, darkening, dan macam-macam istilah lain yang ada kaitan dengan menggelapkan kulit. Mak aku pun asek komen je yang aku ni itam legam da, tak macam dulu.
"Biasa la mak, abang kan lelaki. Lelaki kulit cerah tu dah memang keturunan dia cerah. Kalau tak, maknanya dia perfectionist, putera ais, kena nur matahari sikit dah menggelupur. Terus nak capai sunblock, payung, kipas, air cond bergerak kalau boleh dia nak."
Internet uniten tiba-tiba slow pulak pagi tadi. Nak update layout blog ni pun dah tak boleh. Lubuk download aku pun dah down. Ah, persetankan.
"Internet is NOT my life."
Kejap lagi masuk waktu solat fardhu Jumaat. Kaum Adam, berangkatlah kamu ke dalam perkarangan masjid sebaik sahaja mendengar azan, apatah lagi azan kedua, dan seterusnya khutbah. Bukannya masih di Upten dan melantak nasi beriyani lauk ayam dan sedikit papadom dengan penuh lahap, sedangkan khutbah kedua pun dah nak abes.
Petang ni nak pegi boling ke tidak?
---

Subscribe to:
Posts (Atom)