March 1, 2009

Televisyen Itu Indah

oh, kembali ke pangkuan sekolah. err. sekolah?
seronok rasanya bila dah balik, dengan keputusan yang agak memberangsangkan, dan trim 3 yang menanti dengan penuh kesabaran sebelum ini. agak merapu bila dah lama tak sentuh huruf-huruf ajaib atas papan keyboard ini. tambah-tambah di rumah asyik dengan televisyen,adik-adik yang kurang faham bahasa ibunda bila disuruh buat kerja,serta kehabisan kredit telefon yang kini masih lagi tidak ditambah semula. tapi lagi seronok rasanya bila menonton berita utama di tv3.

bak kata seorang manusia bernama Mr. Kapal ini,
"itu celaka pemuda #$%^! pemuda @#$^ yang hantar ini #$%^&^. celaka!"

dan anaknya pula turut mengikut jejak langkah bapanya,
namun dibidas oleh mereka-mereka yang 'bersimpati' dengan mereka
"puchong buat takpa?! ha! puchong buat takpa?!"

pelik.
aneh.
kan?

err, bila pulak aku berkecimpung dalam dunia 'hiburan negara' nih?
nanti komen lebih-lebih,saya disaman. oh tidak!
PTPTN bagi pnjaman pun tak cukup buat belanja belajar.
tolonglah jangan bawa saya ke muka 'pengadilan'.

bukan apa,tapi mereka ini bukan wakil kami kah? atau sekadar datang ke 'mesyuarat' hanya untuk provokasi, konfrontasi, kutukan dan tohmahan,diiringi lepasan kata-kata yang melalut dan tak tentu arah, bak kata jiran nenek saya,
"cakap pora-pora-pora, tapi satu kerja pun tada buat. cit podah!"


sudah lah,lantak pi la nak buat pa pong.


sampai satu hari ini, mak aku tiba-tiba bersuara dengan suara yang lantang lagi jelas, ketika aku sibuk menyibukkan diri untuk menghadap telefon yang sibuk aku tekan-tekan punat nombor-nombornya dalam usaha yang sungguh melecehkan. kenapa telefon bimbit aku ingatan RAM nya rendah sangat? sampai nak buka novel Harry Potter pun lembab. baling ke dinding nanti,menyesal tak sudah pula.

oh,aku merapu terlalu jauh.

mak aku bersuara,
"bertuah punya anak, kenapa Wan letak gigi wan kat tepi tv nih? dah patah pegi la tanam kat depan tuh."

dan Wan ternyata adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun.

konklusinya?

siap sedia, saya lapar, saya pening, dan jangan dekati minda saya buat masa yang terdekat.







sekian.

4 comments:

fafaz said...

hahhaha..
da pndai merepek r kwn aku nyh since balik bercuti..
haha..
i like..
so,
cuti besh?
msti besh an?
;D

arm said...

err.
bukan aku memang merapu dari dulu ke?
oh.
cuti?
bosan
sunyi
sorang-sorang
senyap
tiada punca

---

fakhruddin said...

ahaha pening sungguh saya membaca post anda ini =)

arm said...

saya dah beri amaran di akhir karangan tersebut.

=]

---