March 7, 2009

Amanah - Mid Valley Megamall - Simpang Danau Kota - BRJ - NZ - Amanah

siaran tertunda - oleh kerana apa dikatakan talian internet yang merapu, serta apa dikatakan dengan simptom hilangnya-mood-untuk-menulis, maka terlambatlah pula apa dikatakan dengan blog-blog baru yang saya rasa patut ditulis buat anda di luar sana yang sedang tekun membaca nukilan jari-jemari dari hati sang manusia yang lemah di muka bumi ini. ( termasuk percubaan memahami apa-apa yang ditulis di sini )

berita seterusnya - jam 10.00 malam - keberangkatan penghuni-penghuni rumah bernombor A4-03-07 dan A4-03-09 ke Mid Valley Megamall bermula. objektif misi : menonton wayang lewat malam, ronda-ronda di Danau Kota, dan makan-makan di BRJ atau NZ yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur. pengangkutan disediakan oleh diri sendiri dan rakan-rakan seperjuangan pada malam tersebut.

namun demikian, hasrat dan objektif kami tidak dapat dipenuhi sepenuhnya, disebabkan oleh apa dikatakan kesempitan waktu. ronda-ronda di Danau Kota terpaksa ditunda ke waktu akan datang yang lebih sesuai, lalu dari Mid Valley Megamall, kami bergerak ke BRJ untuk mengambil satu lagi peronda malam, seterusnya ke NZ untuk menjamu selera. jam menunjukkan - pukul 3.00 pagi.

untung dan berkat rezeki yang ada, juadah kami pada malam itu ditaja oleh salah seorang ahli kami, seterusnya menjadikan kami lega hati dan senang diri kerana kekenyangan. pukul 4.17 pagi - pulang ke Amanah, Uniten, Lebuhraya Kajang-Puchong, Selangor Darul Ehsan.

Krew-krew Peninjau Lebuhraya Dan Mid Valley, 8 Mac 2009

-Ferooq
-Espada ( pemandu yang demam )
-Yuris
-Star
-Penang
-Qayyum ( our meal sponsor )
-Wan
-Kerol
-Rohaizat ( maaf andai tersalah eja atau nama )
-Jimmy
-Hotshot
-Arm
-Pelajar ( maaf, nama tak dapat dikesan )
-Dan mereka-mereka yang tak disebut di sini ( jika ada )

Sekian.







Disediakan oleh,
@#$%&@
( Mohamad Izham )

8 comments:

heqing said...

wah...
cnt believe it...
you all hang out till morning again?
XD

chocobi said...

yup2, so bored.
ouh,uve just arrive d?

---

heqing said...

i arrived here about 6.30pm...
luckily not so serious traffic jam...
or esle maybe 7 sth just reached here...
XD
you didn't go back ke?

chocobi said...

go back.
but came back uniten the next day.
ha2.
only to cut my hair.

XD

---

heqing said...

wat?
just cut your hair?
lol....
2mr going 2 c your new hair style....
hahaha....
XD

chocobi said...

ha2.
not so diff la.
a lil bit shorter,thts all.
=]

---

heqing said...

realize it d....
almost the same...
seems like not cut...
hahaha....
XD

chocobi said...

ha2.
i can't wait for it to be longer.
XD

---