BTW, cuti midterm for student uniten dah pun tiba. Perasaan aku time ni, boleh dikatakan serupa rojak, korang topapkan dengan air batu camtu + cendol. Menarik, tapi rasanya err.. Pandai-pandai la korang abeskan. Rasa happy, sebab dapat lepak umah, ngadap muka adik-adik aku yang memang tak reti duk diam, so takde la aku boring kat rumah. Boleh lepak ngan adik perempuan aku, mak abah, tengok tv, bising-bising. Well, nak kata apa, family aku memang bising, and I love it that way.
Tapi aku sedih, sebab terpaksa tinggalkan buah hati. Err, takde tinggalkan pun. Just terpaksa berpisah jauh kejap. Dia pun balik Johor, aku kat Selangor. Nak meredah sana balik hari naik moto, tunggu aku pakai ni kot baru gerak.
Kawasaki ER6N. Moto idaman sepanjang zaman.
OR
KTM Duke 690. Jangan tanya aku kenapa Keretapi Tanah Melayu yang buat. Aku tak tau.
Takpun, nak yang lagi mengancam, kat bawah ni.
Bimota Tesi3D. Coolest, total monstrosity bike ever.
And if yang kat atas tadi ni tak cukup lagi, amik kat bawah ni, konfem tak kecewa
Dan ini, the fastest motorcycle in the world, MTT Y2K. Aku tau, rupa dia buruk, but when you get yourself a bike with Rolls Royce helicopter gas turbine engine, your eyes get blinded by the sheer power and the sound that it produce.
Here's the video about this bike.
Tapi motor-motor macam ni, ada dua main problem bila korang pakai.
1. Maintenance - Konfem korang akan merana tak sudah bila mereka-mereka ni rosak kat tengah jalan. Spare part jangan cakap, silap-silap kena order setahun baru dapat. Tu belum harga mahal tinggi melangit tahap super saiya ke 15 juta.
2. Fuel Consumption - Yang ni, memang tak dapat nak elak untuk sume jenis superbike, tak kira la apa pun superbike korang pakai. Guna minyak dah macam kereta, full tank sampai RM30. Sakit-tak sakit jugak la bila korang tengah sengkek, bertambah-tambah sengkek la jawabnya. Tambah-tambah lak RON97 dah naik. Takkan nak pakai RON95 je, cepat jahanam la bike tuh.
So berangan jela, tengok gambar yang boleh. Tapi kalau boleh, if two seater, amik Kawasaki kot, baru la boleh bawak yang tersayang jenjalan sana sini, sampai ke Rusia pun aku bawak, sanggup redah Thailand dengan China semata-mata kerana ni. Kalau single seater, Bimota Tesi3D menjadi pilihan. Korang tak rasa ke the coolness of the bike just by looking at the picture? Kalau ada depan aku, mau terkencing. If ada orang hadiahkan, WOOOHOOOO! And then I'll faint, with my hand tight on the keys.
OK, cukupla kot sampai sini. Nak mandi, siap-siap untuk keluar kejap lagi. Ada last agenda before balik Puchong, and that includes my lovely wifey baby in Uniten. See ya.
p/s : aku re-edit balik post ni, sebab macam sloppy pulak bila baca tadi. and picture MTT Y2K tuh kena delete, since kena cop curi dari site diorang. sorry.
No comments:
Post a Comment