November 28, 2010

Deep

Sejujurnya, aku agak down sekarang ni. Dua sebab. 1st, tiba-tiba MS Word crash masa aku tengah 50% done tulis post kali ni, serta aku tak save langsung, dan 2nd, kerana result final exam aku untuk semester lepas. Boleh aku katakan, hari ni, 26 haribulan 11 2010 ni merupakan hari yang paling aku tunggu-tunggu tahun ni. Sebab result untuk exam aku yang lepas akan keluar hari ni. Cukup bersemangat aku nak pegi cybercafe petang tadi, memandangkan kat rumah aku, P1 Wimax aku dah kena suspend pasal dah 2 bulan tak bayar bil. Bapak aku pun dah amik keputusan nak potong je P1 tuh, since rasa membebankan pulak. Kalau ikutkan, memang nampak membebankan pun. Pasal dengan life aku kat Uniten ni yang almost every semester, ada je prob sampai nak kena pinjam duit mak ayah aku. Muka ni, kalau ikutkan, dah setebal bukan lagi satu inci, dah nak dekat 3 kilometer tebalnya pasal dah selalu sangat minta tolong dengan mak ayah aku. Tu belum lagi dengan tebal muka minta tolong housemate dan membe-membe tolong bab-bab bayar itu, bayar ini. Segan pun ada, malu pun ada, sedih pun ada. Sebab aku tak mampu nak ringankan beban diorang, dan beban adik-adik aku. Padahal sepatutnya aku bantu dorang. Aku tolong dorang, bantu adik-adik aku yang lain untuk capai kejayaan. At least lebih dari aku. Aku tak nak dorang ikut cam aku. Asek menyusahkan orang.

    

Bila diberi dua pilihan, berita baik atau berita buruk dulu, aku selalu pilih nak dengar or nak tau berita buruk dulu. Kenapa aku tetiba cerita benda ni? Sebab tengok pada result exam aku, boleh aku katakan yang result aku ada dua part, satu baik dan satu kurang baik. So sekarang, aku berminat nak membebel pasal teori berita baik dan berita buruk, mana yang sesuai kita dengar dulu. Mungkin sebab aku tengah down, jadi view aku nampak bertentangan dengan sesetengah pihak. Takpe, silakan argue J


 

Kalau ikut teori dan prinsip yang aku selalu tetapkan dalam jiwa aku sebelum ni, aku suka terima berita buruk dulu. Sebab selalunya, berita buruk ni effect dia kuat, sampai mampu untuk musnahkan 100% rasa gembira dan bangga yang mungkin kita terima bila kita dengar berita baik dulu. Jadi, aku selalu tetapkan dalam hati aku, agar expect failure. Expect for the worst that can happen. Mungkin ada yang akan kata, sikap ni tak elok. Ye, aku mengaku, memang sikap ni tak elok, sebab secara tak langsung, kita berfikiran negatif. Tapi ada caranya. Bukan kita terus expect yang paling teruk. Maksud aku, kita expect sesuatu yang paling low yang kita boleh expect. Contoh macam exam. Kalau fikiran negatif, maybe kita akan expect dapat 0. So jadilah kita Si Kosong. Tapi maksud aku expect worse, adalah berpandukan dari pencapaian kita serta prestasi kita untuk exam-exam yang sebelumnya. Bukan expect worse membabi-buta. Itu fikiran negatif namanya. Contoh macam before this, kita dapat 50, then 55, so yang paling worse kita boleh expect, adalah 60. Tak kesah la kita dah usaha sampai tahap mat nerd punya level ke, or macam orang kata, bangun tidur, tengah berjaga, dan nak masuk tidur, sume dengan buku, pensil dan pen, serta kalkulator. Sebab bila kita expect macam ni, secara tak langsung kita memupuk satu sikap yang cukup berharga dalam diri kita, sikap mengejar kemajuan. Mungkin kemajuan tu sedikit, tapi lagi baik, jauh lagi baik dari menurun atau tak berubah. Dan dari situ jugak, akan lahir satu lagi nilai murni yang kita selalu abaikan, sengaja atau tak. Iaitu rasa bersyukur.


 

Manusia. Rasa tamak ni tak pernah dan tak mungkin dapat kita buang dari makhluk bernama manusia. Kenapa? Sebab memang fitrah manusia, kita tak pernah atau susah nak bersyukur dengan apa yang kita ada. Ye, mungkin ramai gak yang akan bangkang benda ni. Takpe, aku tak kisah. Sebab ini hanya pandangan aku, apa yang aku nampak, mungkin betul, dan mungkin jugak salah. Jadi kalau salah, minta tolong betulkan ye. Contohnya, even kita terima atau kita dapat sesuatu yang kita anggap remeh, atau rendah, atau mungkin tak cukup dengan kehendak kita, kita akan merungut. Mungkin ada yang tak buat. Tapi selalunya kita merungut secara tak sedar.

"Kenapa la aku dapat banyak ni je."

Mungkin dalam hati kita akan terkeluar ayat ni. Even apa yang kita ada tu, mungkin jauh lebih baik, atau lebih mulia dari orang lain yang dapat lagi rendah dari kita. Kita merungut. Dan dari situ, dah jadi satu tanda yang kita tak bersyukur. Tapi yela. Kita manusia, memang tak boleh nak halang perasaan ni dari terkeluar. We can't help ourselves. We can't help it. Sebab tu bila kita terima atau lalui keadaan macam yang aku nyatakan tadi, sebaiknya atau seeloknya, kita ucapkan Alhamdulillah bagi yang Islam, dan berterima kasih pada tuhan bagi yang bukan Islam. Sebab apa? Bila kita ucapkan macam tu, kita akan rasa senang hati, dan makin lama kita boleh terima kenyataan bahawa kita dapat banyak tu je. Takde la frust menonggeng semacam tak tentu hala. Dari situ jugak, kita akan belajar untuk mengejar kemajuan. Kita terapkan dalam hati kita, untuk cuba naikkan apa yang telah kita ada. Kita usaha. Mengejar kemajuan bukanlah satu contoh manusia itu tamak. Kalau kita sempitkan minda, maybe kita boleh cakap yang kemajuan tu simbol ketamakkan manusia. Tapi hakikatnya tak. Yela, kita kejar kemajuan, untuk perbaharui apa yang kita dah ada. Tapi objektifnya, motifnya, adalah untuk kesenangan bersama. Dan kat situ, kita boleh nampak beza antara perkara yang ada unsur tamak, dan tidak. Kalau tamak, kita kejar kemajuan hanya untuk keuntungan, kesenangan kita bersama. Tapi tidak. Aku yakin, sume agama menggalakkan dan menyuruh umatnya dan penganutnya untuk saling membantu sesama sendiri, kita nikmati bersama, makmurkan bumi ni, dunia ni dengan kesenangan semua orang. Dan bukannya untuk diri kita sendiri semata-mata.

Jadi, camna pulak kalau kemajuan diri kita sendiri? Senang je. Kemajuan diri kita sendiri akan memberi sumbangan kepada orang lain jugak nanti secara tak langsung. Semuanya terletak pada hati kita sendiri. Kita nak atau tak nak, kita yang tentukan. Dan tamak ni pulak, selalunya memberi kesan buruk pada pihak lain, secara tak langsung ataupun tak.


 

Dengan kata lainnya, tamak ni lebih pada pentingkan diri sendiri. Berlebih-lebihan dalam mencari sesuatu, dan membawa kepada pembaziran. Dan menyusahkan orang lain.


 

Ok, dah cukup jauh aku menyimpang dari motif asal. Jadi, dah boleh nampak kan kenapa aku suka pilih yang buruk dulu? Kita suka dengar benda yang menyenangkan, yang menggembirakan. Jadi bila kita dengar yang buruk dulu, even yang kemudiannya tu, baik tak seberapa pun, at least akan membantu kita untuk berfikir sampai ke tahap macam aku cerita kat atas tadi. Kita akan mula bayangkan, macam mana kalau kita dapat lagi rendah atau lagi teruk macam orang-orang kat bawah kita. Dari situ kita akan bangun balik. Dan terus berusaha untuk dapatkan yang lebih baik dari apa yang kita ada.


 

So mari kaitkan dengan result aku. Ikut teori aku, aku suka dengar yang buruk dulu. Tapi kali ni, terpaksa aku terbalikkan, sebab.. Err... Sebab aku tak tau kenapa. Aku just rasa lebih selesa macam tu. Yang baiknya, aku ada peningkatan dari sem lepas. Setakat ni tak pernah turun lagi. Dan yang buruk, aku masih tak merasa nikmatnya bila tengok result kat UnitenINFOSystem, dengan pointer 3 ke atas. Still lagi melekat kat 2, walaupun dah sipi-sipi menghampiri 3. Sedih sangat. Aku sampai mimpi-mimpi malam sebelumnya pasal result exam aku ni macam mana. Dalam mimpi tu, aku ada fail, kena repeat paper. Satu keadaan yang memang betul-betul aku jauhkan. Aku sanggup pertaruhkan nyawa aku sendiri asalkan jangan repeat paper. Bukan sebab repeat tu tak elok, tapi sebab aku ada masalah bab-bab kewangan. Dah la satu subjek sampai nak dekat 700++ satu semester. Mahal tu. Mana nak cari duit. Loan ptptn, dah tentu dia tak bagi untuk special semester. Apa yang aku boleh buat, just usaha sebaik mungkin on the first hand.


 

Expectation aku : takde repeat paper + 2.3/2.4/2.6/2.7 (2.3, aku akan terima dengan air mata depan awek jaga cc tuh. Aku tak kira)

Result : takde repeat paper + lebih dari 2.7 (tak perlu la aku nak bagitau. Sedih aku. Malu tu dah tak terkata rasanya. Betapa malu aku dengan mereka-mereka dan korang yang baca post ni, dan tak pernah dapat 3 ke bawah. Serta bagi mereka yang sentiasa score terbaik dalam exam. Dan yang kenal aku. Senang crita, aku malu dengan sume orang)


 


"Aku down ni. I'm going down :( "


 

Takpela. Alhamdulillah, benda yang paling aku elakkan, berjaya aku elak.


 

No comments: